Tuesday 25 March 2014

Yang pergi tak kembali lagi..

Salam

Malam tadi, pengumuman yang dibuat oleh PM kita (Dato Seri Najib) mengundang rasa sedih pada semua rakyat Malaysia.. pelbagai riaksi.. komen.. kata-kata dan seribu satu rasa hadir dalam diri setiap kita..

Sedih sudah tentu... pagi tadi sebelum mulakan kuliah.. sempat minta semua pelajar sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama islam.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terjadi.. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa.. Sama ada kita dapat jumpa kotak hitam atau tidak.. itu juga dengan izin dan ketentuanNya juga..

Tragedi kali ini begitu dekat dengan hati kita.. dekat dengan rasa seluruh rakyat Malaysia... Mungkin kesedihan itu tak sama dengan ahli keluarga yang terlibat.. apatah lagi dengan keluarga 2 peneraju utama pesawat tersebut.. Aku kira tindakan mereka yang tidak mahu ditemubual oleh wartawan adalah amat bijak.. adakalanya wartawan itu lebih suka mensensasikan benda yang tidak sepatutnya.. apatah lagi waktu sedih begini..

Setiap kita pernah melalui episod kehilangan dalam hidup.. samada kehilangan ayah.. bonda.. adik beradik.. rakan baik.. mahupun saudara mara terdekat.. setidak-tidaknya.. kubur mereka kita ketahui dimana.. jasad mereka sempat kita ratapi dan lihat.. tapi buat mereka di MH370.. jika diizinkan Allah.. bertemulah kita dengan jasad mereka.. jika tidak.. di lautan kubur mereka... Apa juga doa kita akan sentiasa bersama-sama mereka..

Sebenarnya sejak sabtu lagi aku dah mula terasa yang mereka dah 'tiada' disebabkan oleh satu artikel yang disiarkan.. mengundang sedikit rasa hiba dan sayu dan terasa seolah mereka sebenarnya dah lama 'tiada' sebenarnya.. perkara yang sama juga telah diberitahu oleh seorang rakan seminggu yang lalu.. cuma ianya belum dinyatakan secara 'rasmi'...

Apa juga.. Semoga roh mereka dipelihara dan dirahmati.. Tidak kira apa juga bangsa dan agama.. kita turut meratapi dan menangisi kehilangan mereka..

p/s Ada beberapa status dan komen yang disiarkan dalam facebook berkenaan bacaan Al-fatihah utk MH370.. ada yang mempertikaikan isu ini.. come-onlah.. Al-fatihah itu kita baca untuk diri kita sendiri juga.. dan kita ambil kesempatan sedekahkan pada yang tiada.. mahupun pada yang hidup.. takkanlah sebab sedekahkan Al-fatihah ini pun nak dijadikan isu...

Setiap hari selagi teringat... Aku cuba dan sentiasa bacakan Al-fatihah untuk arwah ayah.. setidaknya.. ia sampai pada ayah sebagai hadiah dan kuburnya diterangi sentiasa... so sad when people even argue about this.. kalau tak suka atau tak nak buat.. janganlah sampai menghalang orang lain daripada membuat perkara yang baik...


Tuesday 18 March 2014

Adakalanya.. lain yang kita fikir.. lain pulak yang kita buat

Salam

Kemarin.. Ahad... aku ajak BFF pergi makan seafood kat Jeram... Lama sungguh tak ke sana.. sebenarnya ke sana sebab nak survey jalan ke SMK Jeram.. Isnin aku kena drive ke sana.. ada keje kat situ...

Lepak-lepak makan seafood kat restoran pantai jeram... kali ini rasanya macam ada kurang sikit berbanding dulu.. Oh ya  aku ada buat post pasal restoran tuh.. dan antara rating tinggi dalam blog nie..

So Semalam.. dengan keyakinan dan keunggulan.. memandulah hampir 1jam 15min ke situ... dan sampai sana.. dengan 'yakin'.. ye.. sekali lagi diulang dengan 'yakin' aku pun call lah student tuh... bagitau aku tengah tunggu dia kat kantin sekolah... lama juga tunggu tup-tup dia call balik.. dia cakap.. dia tak nampak aku.. puas dah dia pusing kantin tuh... ohhhh aku dah pelik... pesal lak dia tak nampak aku..

Tetiba dia cakap balik.. 'Saya kat SMK Subang nie puan...'

Ohhhh.. dan dan tuh aku tepuk dahi...

Silap sekolah rupanya aku...  memang patutlah tak jumpa kalau pusing 100 kali kantin tuh pun memang takkan jumpa aku...

Gelak sakan.. actually gelakkan diri sendiri...mengucap dan istigfar jugalah banyak kali..

Call student yang memang kat sekolah tuh... sembang2... pastu balik ofis...

Uihhh.. penat jek memandu jauh-jauh dan bawak laju2.. silap sekolah rupanya

Ok.. Esok InsyAllah akan ke sana balik... dan waktu ini (lepas makan dan solat) baru sampai dari Subang...

p/s.. ohhh... aku semakin muda nampaknya ;)



Wednesday 12 March 2014

Hilang dan tumpang glamour

Salam

Rasanya semua rakyat Malaysia waktu ini sedang berduka.. kehilangan pesawat MH370 masih menjadi tanda tanya semua pihak.. kini dah masuk hari ke 5 kehilangan.. Aku sendiri antara kebanyakan rakyat juga tak senang duduk.. saban hari waktu terjaga.. terfikir.. Syukur Alhamdullilah.. masih diberikan peluang untuk bernafas dan hidup lagi..

Kehilangan ini menyebabkan banyak berita dan spekulasi ditulis dan disebarkan dengan berleluasa.. dengan spekulasi awal kapal selamat mendarat di Nanninglah.. ada org menyamar menjadi anak perempuan salah seorang penumpanglah.. siap letak dlm tweet dan di 'quote' stesen berita.. tup-tup rupanya dia menyamar sahaja.. orang begini memang keji.. tak kena lagi diri sendiri kan... lepas tuh.. ramalan bomoh sedunia.. ditambah lagi dengan berita semlm ada yang dah kata jumpa kat vietnamlah.. kapal terbang terjongket di ekor.. ada yang selamatlah... hinggakan ada 1 blog lagi pulak siap buat ramalan.. akan dijumpa pada hari ke 7 nanti.. semuanya bakal selamatlah.. dan paling mengemparkan pulak hari ini.. ada minah australia pulak yang kata pernah bergambar dan 'berseronok' dgn co-pilot pulak...

Kenapa semua ini?? Sebabnya menumpang glamour.. mahukan publisiti dan ye kini Malaysia menjadi cukup terkenal di seluruh dunia... apa sahaja yang diberitakan.. dengan mudah akan tersebar dan dipercayai.. walaupun telah banyak amaran.. peringatan dan kenyataan dikeluarkan.. namun isu khabar angin ini semakin rancak dan terus popular..  hingga saban hari ada sahaja.. nota.. quote.. print screen.. photo edited.. photo upload.. yang berkisar tentang isu kehilangan ini..

Pada aku.. tiada apa yang boleh kita kata lagi.. sebab buat masa ini.. kapal itu masih hilang.. terpesona dengan temubual TV3 dengan kapten Norudin.. rasanya semua rata-rata terpegun termasuklah pengacara tv tersebut.. dengan jawapan dari kapten tersebut.. Selagi belum jumpa.. kita tak boleh nak dapat jawapan.. mengapa.. dan mengapa... apa juga semua itu ketentuan Allah s.w.t.

Bila mendengar berita ini.. semalam pakwe tetiba bertanya pada aku.. "Bila nak ke Jepun?'"
Aku jawab "InsyAllah 1 hb Mei ini"
"Berapa lama pergi?"
"Seminggu"
Selepas itu aku lihat airmuka dia sedikit berubah.. risau barangkali??

Ye aku tahu buat masa ini semua orang rasa begitu risau dan fobia apabila perjalanan yang dilakukan adalah berkaitan dengan penerbangan.. tapi acapkali juga kita terlupa.. sudah berapa banyak kali kemalangan jiwa yang melibatkan bas.. kereta.. motor.. lori berlaku di jalan raya kita.. tapi.. kita masih lagi yakin dan percaya  menaiki kenderaan tersebut.. apatah lagi kadang dikendalikan oleh diri sendiri.. kadang orang lain.. Bukankah semua itu ketentuan Allah...

Pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang adalah pada tahun 2000.. ketika itu.. penerbangan yang aku naiki adalah diantara KLIA-London Heathrow selama 13jam penerbangan.. itulah penerbangan pertama buat aku dan suami.. penerbangan pulak lewat tengah malam sekitar pukul 12.30mlm.. yang lebih menarik.. penerbangan itu adalah pada 11 Oktober 2000.. sebulan selepas peristiwa 11 september 2000.. lapangan terbang heatrow pulak ketika itu baru 2 minggu sahaja dibuka semula untuk penerbangan antarabangsa.. Masih jelas di ingatan aku.. mak berkali-kali menyatakan kerisauan dia.. malah pernah minta aku batalkan sahaja penerbangan dan minta aku sambung belajar di Malaysia sahaja.. aku tidak ada pilihan waktu itu.. tiket telah dibeli.. surat penerimaan tawaran belajar telah diterima.. kuliah pun dah seminggu bermula.. Maka kami terbanglah dengan rasa yang bercampur-campur.. Ketika itu.. kami diberikan tiket kelas Business.. dan pada ketika itu.. hanya kami sahaja pasangan melayu yang ada di kelas tersebut.. seronok kelas business sebab ianya lebih selesa dari kelas ekonomi.. pramugari yang ditugaskan pulak.. kenal baik dengan sepupu aku.. (waktu itu sepupu aku suami-isteri adalah pramugara dan pramugari MAS yang sering mengikuti penerbangan antarabangsa).. maka kami diberikan layan yang cukup baik sekali.. bayangkan perjalanan 13jam tanpa henti.. penat memanglah penat.. tapi apakan daya kena teruskan juga apa yang telah dirancang..

Bila aku nyatakan perjalanan aku ke London ketika itu.. betul2 selepas peristiwa 11 september.. ketika mendarat di Heathrow.. entah berapa banyak jelingan dan pandangan serong yang terpaksa kami lalui dan lihat terhadap kami.. ketika ini sentimen begitu memang jelas.. terlalu banyak peristiwa yang kami hadapi.. teguran dan cacian yang juga pernah aku terima sepanjang setahun hidup di UK ketika itu.. hingga pernah ketika baru sampai.. ada yang menasihatkan untuk aku buka tudung.. demi keselamatan diri.. namun.. yang buat aku begitu yakin adalah.. semasa urusan imigresen di Heathrow... diantara barisan pegawai imigresen itu ada seorang pegawai perempuan muslim yang lengkap bertudung.. seketika aku rasa yakin dan syukur kerana sebelum aku terbang ke sana.. ada yang hingga menasihatkan aku untuk bersedia buka tudung atas urusan keselamatan...

Itu belum lagi kes ditegur oleh pemandu bas.. yang menyangkakan kami dari Afghanistan.. bila aku balas balik dan tanya dia tahukah dimana Malaysia?? tahu kah malaysia itu merupakan negara komanwel.. pernah dijajah oleh british dan ambil hasil buminya.. tercegang2 balik pemandu itu.. dan banyak lagilah peristiwa yang kekal ada dalam ingatan aku..

Buat masa ini.. kita doakan semoga pesawat MH370 akan ditemui.. dan masih selamat.. Andai tidak.. kita semua maklum akan apa yang berlaku selepas itu.. kadangkala bila melihat airmuka keluarga yang hilang itu.. terbayang juga muka mak dan pakwe sendiri andai aku pula yang ada di pesawat itu..

InsyAllah.. akan terbang ke Jepun.. Mei ini.. bukan sahaja pakwe yang mula risau.. malah Mak sendiri pun dah mula tanya pada aku hujung minggu yang lepas... InsyAllah kita serahkan pada Allah s.w.t..

Ketika menunggu flight ke London Heathrow Februari 2012 dalam perjalanan balik ke tanahair..
InsyAllah soon akan kembali ke sana

p/s Beberapa hari ini bila buka FB.. tiap kali ada orang yang pos something yang berita gembira tentang diri masing-masing.. aku rasa orang itu macam tak peka tentang kesedihan orang lain..
Negara sedang berduka.. walaupun life goes on.. but at least be sensitive lah..

Thursday 6 March 2014

Warna dalam hidup kita..

Salam Khamis

Baru lepas blog walk ke blog Alis (爱) Peminjam.Rusuk.Fahri .. terbaca dia cerita pasal warna hijau.. macam-macam cara org decribe warna yang mereka suka..

Aku pulak.. ada 2 kawan baik.. meaning kawan selalu lepak masa makan tengahari.. dan kawan baik juga bila kena buat kerja sama-sama.. mereka ini termasuk golongan yang suka warna-warna tanah.. warna yang aku maksudkan adalah warna hijau alam.. dan warna coklat.. kenapa??? sebab banyak warna ini yang mereka pilih apabila melibatkan baju dan tudung..

Bila melepak dengan mereka.. warna baju dan tudung aku selalunya amat kontra dengan mereka.. sebabnya aku suka warna-warna ceria seperti.. pink, biru terang, kuning, oren, merah, hijau cerah, ungu dan warna-warna yang kita boleh kategorikan sebagai warna yang striking.. Namun koleksi baju kurung aku amat banyak warna pink, hijau, merah dan ungu.. manakala warna tudung fav aku adalah pink, biru dan kuning..

Sebenarnya kita semua pun tahu.. pemilihan warna secara tak langsung memberi impak kepada mood seseorang... dan adakalanya juga sering dikaitkan dengan personaliti seseorang..

Sumber dari sini Rahsia Warna Kegemaran Wanita

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU 
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM 
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT 
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU 
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING 
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH 
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

 Atau yang ini  Rahsia Psikologi Warna

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.
 Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan. 

 Setiap kita ada warna yang menjadi kegemaran kita.. ada warna yang kita rasakan lebih sesuai dengan kita dan ada juga yang kurang sesuai.. macam aku.. tudung yang berwarna gelap sering aku rasakan kurang sesuai dengan muka aku kerana ia membuatkan muka aku nampak pucat.. dan kusam jek..  dan selalunya warna yang sering mendapat teguran kawan-kawan bila aku memakai tudung kuning atau oren.. warna ini sering mereka kaitkan dengan nampak berseri dan ceria..

Tapi bila memilih seluar dan kasut.. selalunya aku lebih suka memilih warna hitam, coklat atau biru tua.. mungkin sebab dah biasa dengan warna tipikal begitu.. jarang rasanya aku memilih warna lain seperti putih, oren, merah dll.. walaupun pilihan begitu memang banyak di pasaran..

Kereta pula.. aku lebih suka yang berwarna silver, biru laut, kelabu.. kurang berminat warna hitam sebab nampak macam ganas jek.. hahaha... tapi kalau takde pilihan dan berjenama seperti BMW hahaha.. ok jek.. ;)

A colorful baju kurung today :)
Hari ini mood ceria macam kanak-kanak..

Monday 3 March 2014

Bila teringat kenangan lama

Salam

Kemarin.. semasa aku browse facebook adik perempuan bongsu aku.. Aku tersentak seketika masa memandang header di facebook dia.. Tersentak sebab dia meletakkan gambar yang buat aku terus jadi rindu.. Yang manisnya sebab ianya disertakan dengan senyuman manis.. sebuah senyuman yang dah lama aku terlupa.. Gambar itu adalah gambar arwah ayah dan mak semasa duduk bersama..

Sedar tak sedar sudah nak hampir 2 tahun arwah ayah pergi.. bulan 5 nanti genaplah 2 tahun pemergian arwah ayah.. semalam pulak semasa melepak dengan jiran sebelah rumah aku... dia pun tersebut tentang arwah ayah aku.. dulu kan arwah ayah yang jaga rumah aku masa aku 5 tahun di UK.. so memang arwah ayah aku rajin menegur jiran tetangga aku.. kebetulan masa tuh cerita pasal pagar rumah.. so terbukalah cerita-cerita lama.. rumah aku sekarang nie memang telah di pagar pun oleh arwah tok pakwe aku.. pakwe khusus bawak dari kg untuk dia pagarkan rumah kami tuh..

Bila kita bersembang dengan rakan-rakan.. bila topik itu ada kaitan dengan orang yang mungkin dah tiada.. atau mungkin melibatkan kenangan lama.. memang mudah sangat hati tersentuh atau mudah juga fikiran menerawang ke detik itu.. seperti aku.. bila aku lihat gambar yang adik aku letak di facebooknya.. sejenak aku teringat semua kenangan yang pernah kami sekeluarga lalui.. terutama bila kami satu family semua ada dalam majlis itu.. Majlis terakhir yang kami semua keluarga berkumpul sebelum arwah ayah pergi.. adalah majlis pertunangan adik lelaki bongsu aku... dan yang paling meruntun perasaan aku adalah pagi itu.. sebelum adik beradik arwah ayah sampai (pakcik-makcik aku).. arwah ayah sempat duduk sebelah aku.. masa itu aku sedang gubah brg hantaran saat akhir.. arwah ayah sempat sembang dan beritahu aku perasaan dia tentang adik2 aku.. apa yang diharapkan dari kami adik beradik.. andai aku tahu itulah pesanan terakhirnya.. pasti aku akan luangkan masa yang lebih banyak untuk menjadi telinga luahan hatinya.. (menulis perenggan ini sahaja airmata aku berlenang tanpa henti)

Ahh... Andai aku dapat lihat semula senyuman arwah ayah seperti dalam gambar itu..  pasti aku akan lakukan apa sahaja...

Seperti mana aku duduk di sisi arwah ayah pada malam dia pergi.. dan mengharap dadanya akan kembali berombak dan bernafas semula... serius.. ketika itu aku benar-benang renung tubuh badan ayah dan aku pandang wajahnya... malah malam itu jugalah buat pertama kalinya aku mengelap badan arwah ayah dengan kain atas permintaan mak.. kata mak.. "biar kita bersihkan arwah ayah dulu.. nanti bila nak dimandikan nanti.. takdelah kotor sangat badan dia nanti" dan disebabkan aku mengharapkan begitu.. malam itu aku langsung tak dapat lelapkan mata hinggalah arwah ayah selamat dikebumikan..

Namun... Allah lebih menyayangi dia kan... Redha..

Al-Fatihah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...