Thursday 31 January 2013

Nasi Goreng Jakarta di Little Jakarta

Salam Pagi Khamis

Ye aku tengah rajin update blog ;)

Aku belum pernah pergi ke Jakarta.. teringin nak pergi tapi masih belum ada kesempatan.. InsyAllah.. jika ada masa pasti sampai ke sana..

Disebabkan aku telah subcribe pada 2 web berkaitan pembelian barang online secara berkupon iaitu 'Dealmates' dan 'Groupon' maka selalulah dapat macam-macam offer yang best yang berkaitan fashion, brgan rumah, pelancongan dan makan-makan.. Kebetulan hari tuh 'Groupun' ada offer kupon murah untuk makan di 'Little Jakarta' maka.. kami decide nak mencuba ke sana..

Dimana Little Jakarta?

Ia terletak di Jalan Klang Lama di tingkat bawah Plaza Pearl Point Shopping Centre bersebelahan dengan plaza OUG.. kalau dari KL kena u-turn sikit sebab plaza tuh di sebelah kanan dan jalan tuh sesak sikit sebab plaza tuh terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.

Alamatnya : GF, Lot 10.23, Pearl Point Shopping Centre, Old Klang Road, 52000, KL
Website : http://www.littlejakarta.com/

Cafe Little Jakarta di Plaza Pearl Point (gambar dari website Little Jakarta)

Cafe ini terletak dalam Plaza Pearl Point di tingkat bawah berhampiran dengan supermarket Econsave.. naik je eskalator sebelah kanan dah nampak..

Parking kat sini tak mahal.. Kalau beli barang kat Econsave dalam harga RM20 ke atas.. tunjuk je bil ke cashier.. parking free jek..

 Apa yang best di sini?

Menu makanannya terdiri daripada menu dari seberang iaitu Jakarta.. antara yang famous ; nasi ayam penyet, nasi rawon, nasi uduk dan nasi ikan tenggiri pepes dan juga desertnya yang pelbagai..

Senang cerita menu-menunya memang versi dari sana..


Masa kami sampai.. cafe nie penuh giler dengan orang.. langsung takde tempat duduk.. majoriti yang datang makan di sini orang cina dan melayu boleh dikira berapa kerat jek.. mungkin sebab kawasan nie penempatan orang cina..

Mulanya dah rasa tak jadi makan kat situ sebab masa kami sampai ramai yang tengah menunggu di luar kedai tuh.. Tapi sebab BFF kata dah alang-alang sampai lalu jem.. dan pusing-pusing cari parking.. Sementara aku pergi beli waffel kaya.. BFF dengan senang hati cakap dia nak pergi tunggu kat situ hehehehe... So rezeki kami.. sebelum waffel aku siap .. dia dah pun dapat tempat duduk dalam cafe tuh dan yang bestnya.. masa kami makan tuh.. kedai tak penuh sangat macam tadi... Just nice jek.. so apa yang kami order...

Yang kami order masa tuh.. Nasi Ayam Penyet, Nasi Goreng Jakarta, Ikan tenggiri pepes dan 2 ais kacang.. (nak order cendol special tapi dah abis..)

Ini ABC yang kami order.. (kredit google)

 Nasi Goreng jakarta yang aku order (kredit dari website little jakarta)  

Nasi ayam peyet tuh dia bagi sambal ayam penyet yang mahaa.. amat.. pedas giler hahaha... BFF terletak banyak sebab ingat tak pedas.. rupanya pedas amat... Nasib aku tak makan.. Kebetulan atas meja kami tuh ada 2 jenis sambal.. Sambal ayam penyet dan sambal terasi..  Sambal terasi tuh tak pedas.. tapi sambal ayam penyet tuh memang pedas giler.. BFF yang kuat makan pedas pun surrender ahaks... Nasib ada ABC yang dapat cover rasa pedas tuh..

Nasi goreng Jakarta pulak.. oklah.. biasa-biasa je macam kita makan nasi goreng seafood...

Ikan tenggiri pepes tuh.. Not bad.. lemak-lemak ikan tapi kurang pedas pulak.. 

ABC memang sedap.. rassanya mengingatkan aku pada rasa ABC yang biasa aku makan masa kecik-kecik lepas sekolah dulu hahaha.. ada rasa-rasa nostalgia sekejap..

Gambar tak banyak sebab tak sempat nak ambik sebab dah lapar sangat.. tapi tak susah nak cari cafe nie.. sebab dalam shopping complex takkan sesat punyalah ;)

Harga yang kami bayar untuk semua tuh dalam RM45++, mulanya tersilap bayar sebab bil yang kami bayar tuh meja orang lain.. nasib baik check bil.. ada orang tukang bayar tak tengok bil.. last2 kena pok pek kejap hahaha...

Environment: Selesa sebab dalam shopping complex.. kalau masa ramai orang sedikit padat dan kelam kabut.. bila time tak ramai orang selesa dan boleh cuci mata tengok orang lalu lalang hehehe...

Service : Sebab masa kami sampai tuh ramai orang.. order lewat sikit.. tapi boleh bersabar lagi... kena faham jugalah sebab staff dia ada 3 orang jek masa tuh dan orang memang ramai giler.. cuma air suam/air kosong yang kami order sampai abis tak sampai.. diorang lupa ler kot... nasib ABC sampai.. :)

Verdict : Makanan - Sedap Not Bad, ABC memang best..

Akan datang lagi? : Maybe.. kalau teringin nak makan versi Jakarta.. atau maybe terlalu dekat-dekat sini lagi..

Etc: Oh ya kat sini ada jual air kotak 'Teh botol' yang biasa jumpa kalau pergi ke Indon..

Kalau nak mencuba.. bolehlah datang ke sini.. :)

Wednesday 30 January 2013

Mencari nasi arab versi sesedap Al-Jazeera

Salam petang rabu..

Beberapa minggu ini aku cukup teringin nak makan nasi arab.. sejak balik ke tanahair.. hanya 3 kali sahaja (3 restoran) yang aku berkesempatan mencuba nasi arab ini.. tapi so far misi aku GAGAL.. rasa yang sudah sebati sesedap versi Al-Jazeera di Manchester, Kebab Mahal di Edinburgh dan versi Paradise di Glasgows masih belum aku temui.. Cuma nasi arab yang pernah aku makan di USJ hampir memenuhi citarasa cuma portion nasi itu tidak sebanyak yang biasa aku makan..

Entri ini lebih kurang macam review tentang cafe atau restauran nasi arab yang pernah aku pergi..

1- D'Arab Cafe @USJ Subang Jaya

Cafe ini terletak di No. 16, Jalan USJ9/5Q, Subang Jaya.

Aku ke sini pada bulan puasa tahun lepas, sebenarnya nak berbuka puasa di Restoran Murni USJ tapi sebab ramai sangat orang masa tuh.. So kami decide singgah berbuka di cafe nie..


Briyani Arab
Verdict aku untuk cafe nie.. Not Bad.. Sedap.. tapi portion sedikit berbanding yang biasa kami makan.. harga seperti dalam menu tuh.. taklah mahal sangat.. (gambar kredit google).

Kami spend dalam RM40++ termasuk air

Next time boleh makan lagi sebab dengar-dengarnya banyak cawangan kat KL

2 - Sahara Tent @ Plaza Massalam, Seksyen 9 Shah Alam

Sahara Tent ini ada 4 cawangan; KL (Bukit Bintang), Ampang, Putrajaya dan Shah Alam.
Aku ke cawangan di Shah Alam.. Order Nasi Kabsa Chicken dan BFF order Briyani Chicken, Air Teh Lemon Ais.

Verdict : Tak boleh nak habiskan.. sebab terlalu MASIN.... rasa macam setengah kilo garam dalam tuh..
Mulanya rasa macam boleh telan.. tapi makin lama makin pedih lidah aku menahan rasa masin.. akhirnya aku surrender letak tepi.. Nasi ok.. tapi ayam masin giler dan terlalu basah macam ayam dah lama..

Harga : Nasi briyani dan Kabsah dalam rate RM20++ sepinggan dan aku bayar hampir RM80++ termasuk service charge RM10. Harga rasa tak berbaloi sebab tak sedap dan masin.. Keluar dengan rasa kecewa sangat-sangat dan memang takkan datang lagi..

Environment : Selesa dengan decor timur tengah.. tempat duduk selesa.. tapi malangnya makanan OUT..

Selepas itu kami terjumpa restoran yang sama di Bukit Bintang.. tapi aku hesitate nak singgah sebab terkenang insiden di cawangan Shah Alam.. so tak nak ambik risiko maka kami ke restoran sebelahnya iaitu..

3 - Hadramot Restaurant @ Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang KL 

Misi nasi arab diteruskan hingga ke Bukit Bintang.. kebetulan berada di sekitar kawasan nie dan teringin nak ke Ain Arabia (Arab Street) ternampak restoran nie.. kena naik tangga sikit..

Gambar kredit google


Kami order Nasi Mandy Chicken dan Chicken Soup, waiter tuh turut bagi kami roti nie (from google)


Sedap dimakan bersama sup ayam yang agak masam.. (suspek diorang letak yogurt) sedikit liat dan sejuk.. mungkin kalau makan masa panas lagi sedap.. Nasi not bad tetapi ayam tuh tak berapa crunchy sangat.. namun lembut dan bolehlah makan.. Nak kata sedap sangat tuh.. takdelah biasa jek..

Harga : Untuk nasi dalam RM30++ dan sup ayam tu dalam RM10++, total kami kena dalam RM 50++ termasuk air.. Pada aku agak mahal sebab nasi tuh dia charge sampai RM30++ sepinggan kalau sedap aku tak kisah.. tapi bila rasa biasa-biasa jek.. frust sungguh... nasib order 1 pinggan nasi jek sebab portion dia besar dan nasi dia banyak.. Ayam portion sebelah.. kira kenyanglah juga sebab dari 4 keping roti yang dia bagi tuh.. 3 keping jek aku yang makan dengan sup ayam tuh ;)

Environment : Decor simple dan cosy. Decor timur tengah tuh takdelah sangat.. walaupun interior tuh adalah sikit-sikit.. Yang bestnya waiter tuh terdiri dari pekerja Indon.. disebabkan aku duduk menghampiri kaunter dan dapur.. terdengarlah geng-geng Indon nie bersembang.. rasa macam bukan makan kat kedai arab pulak...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------


So far untuk 3 cafe dan restoran nie.. D'Arab Cafe so far yang aku suka sebab harga yang murah dan rasa yang sedap.. Cuma yang aku sedikit pelik.. ketiga-tiga cafe/restoran arab nie.. kedekut bagi salad.. setakat bagi timun 2 3 keping.. karot 2 keping.. sedangkan nasi arab nie amat sedap dimakan bersama salad hijau, ungu, bawang, tomato, buah zaitun dan timun yang dipotong memanjang dan bukan potong keping-keping camtu.. dan sos pun macam pelik jek.. sebab yang biasa aku makan adalah sos cili merah segar dan sos mint.. dan kadangkala bersama dressing minyak zaitun...

3 cafe yang aku pergi nie.. bila bab salad tuh.. macam mahal sangat timun, tomato dan salad tuh.. boleh kira berapa keping sangat.. 'frust' lagi...

Masih banyak lagi kedai-kedai nasi arab yang belum aku pergi.. Misi untuk mencari nasi arab ini akan diteruskan hingga aku jumpa yang sama dengan citarasa selama 5 tahun makan nasi arab nie masa di UK..

Nanti aku update lagi untuk misi seterusnya :)

Friday 18 January 2013

Menikmati otak-otak di Bukit Tinjau..

Salam Petang Jumaat..

Pemandangan seluruh bandaraya Kuala Lumpur

Sudah lama aku teringin nak ke sini.. Kiranya setelah puas mengajak dan memujuk BFF .. Akhirnya sampai juga.. Kali pertama dulu tak sempat nak ambil gambar sebab ramai orang... banyak gerai makan yang di letak di tepi jalan..Disebabkan ramai orang.. mood nak ambil gambar pun terbantut.. rasa tak selesa nak snap sana sini sebab asyik nampak kepala orang jek.. Lagipun waktu itu cuaca sedikit mendung dan angin bukit agak sejuk meniup.. Sempat juga mengigil pada skala minima :)

Kali kedua nie tak ramai sangat orang.. sempatlah ambik gambar puas2 sebab meja depan kami tuh takde orang duduk.. Apa lagi.. Aku pun tengah nak testing keupayaan kamera Olympus yang baru dibeli.. Dulu peminat tegar Canon.. tapi masa nak beli.. penjual tuh rekomen Olympus sebab optical zoomnya tinggi.. dan lebih banyak features baru.. Dari segi efek gambar Olympus ada banyak features.. tetapi dari segi 'What you see and what you get' sungguh berlainan.. Apa yang aku tengok di skrin.. bila snap jek.. terus jadi lain.. Agak frust jugalah... mungkin juga sebab aku belum jumpa momentum dan gaya yang sesuai dengan kamera Olympus nie.. maklumlah.. dah lebih 6 tahun aku pengguna setia kamera canon :)

Ok berbalik semula cerita di Bukit Tinjau..

Dimana Bukit Tinjau??

Terletak di Jalan Ampang-Hulu Langat, BT14. Dulu terdapat menara tinjau dan cafe, tapi telah ditutup atas sebab keselamatan. Boleh ambil jalan ke Ampang- Bukit Belachan dan ikut jalan naik bukit ke Hulu Langat.. jalan tu juga boleh sampai ke Jelebu Negeri Sembilan.. Bila lalu situ.. kalau nampak banyak gerai-gerai di sebelah kiri.. itulah tempatnya... Memang takkan terlepas punyalah.. sebab waktu petang memang banyak kereta-kereta dan motor lepak kat sini.. semua bersusun tepi jalan.. memang port budak-budak lepak dan coupling ..


Apa yang best??

Biasanya orang ke sini sebab nak lepak-lepak dan dapat melihat pemandangan sekitar KL dari jauh.. ramai yang kaki fotografi.. suka lepak di sini.. Boleh nampak semua pencakar langit di KL.. Ada banyak gerai-gerai yang menjual makanan.. dari otak-otak, satay, laksa, yang goreng-goreng, burger dan macam-macam lagi.. Bolehlah nak cuba ambil gambar masa matahari terbenam.. waktu petang.. dan keindahan lampu KL di waktu malam...

Sampai-sampai jek.. 
5 keping otak-otak dah ada atas meja kami

Otak-otak yang kami makan
Murah jek.. 
Sekeping 60sen kalau tak silap..

KL waktu malam..
kalau lepak malam new year.. 
Boleh nampak berbunga api ..
:)

Antara gerai-gerai yang ada di sini..
Depan nie kedai jual otak-otak dan sate..


Deretan gerai-gerai di tepi jalan Ampang-Hulu Langat..

Ingin melihat bandar KL yang penuh warna-warni cahaya waktu malam?? 
Bolehlah lepak di sini sambil menikmati makan malam di gerai-gerai.. 
Murah dan halal.. 

Sesiapa yang minat fotografi.. 
Boleh juga mencuba bakat dan merakamkan moment yang menarik di sini.. 
So now.. I have another favorite places to be added to my list...

p/s Kini secara rasmi blog kembara jalanan aku tutup dan pindahkan ke blog ini..
Rasa lebih mudah untuk aku maintain 1 blog sahaja berbanding 2 blog memandangkan tahap kerajinan aku amat tipis sekali hehehe...

Wednesday 9 January 2013

Kuala Lumpur antara destinasi setiap hujung minggu aku..

Salam Petang Rabu

Lama sungguh kisah kembara aku biarkan sepi.. ia tergendala sebab bukan kerana aku tidak mengembara.. mengembara jauh memang takdelah.. tapi sejak arwah ayah pergi.. Mood aku menulis kisah kembara aku terhenti terus..

Tahun 2013 ini.. aku harap.. aku dapat menulis semula.. Harapnya aku dapat kongsi kisah kembara yang terlalu banyak aku simpan dalam memori.. menulis di blog sedikit sebanyak aku dapat baca semula kisah-kisah itu dan terus menjadi ingatan untuk diri sendiri..

Sejak pulang.. entah berapa kali aku ke Kuala Lumpur.. Biasalah bila masuk KL.. biasanya ramai yang suka mengunjungi pusat membeli belah.. Tujuan aku pun lebih kurang.. Aku selalunya masuk ke KL dengan 3 tujuan sahaja.. ahaks..

1- Jalan-jalan cari makan di sekitar KL
2- Shopping tudung, kain di jalan TAR, melawat shopping complex yang grand2 sebab nak tahu apa yang best sangat kat situ such as Pavillion, Berjaya Times Square, Midvalley, KLCC atau di kedai-dekai borong sama ada di Pasar road, Kenanga wholesale, GM KL etc
3- Tengok wayang..

Selepas ini akan ada tujuan ke-4 iaitu.. lawatan sambil belajar.. tengah merancang nak ke Muzium Negara, Zoo Negara, Planetarium negara, Tugu Negara, KL Tower dan etcs .. Sebijik macam rombongan sekolah kan hahaha..

Ketika aku baru balik dulu.. 1st ke KL adalah ke komplek kerajaan di jalan Duta untuk urusan AP import.. Selepas itu aku lebih banyak ke KL atas sebab nak jalan-jalan cari makan..

Nanti aku update kan kisah-kisah aku melepak di sekitar KL..

I was in KL in area of Bukit Bintang on the nite before my Birthday..

Passing thru KLCC after dinner nearby..
KL from above..
Picture was taken from GM KL

Looking for cafe during lunch time at Kg Baru

Lepaking at the entrance of Pavillion after Iftar 2012

Malam sudah panjang.. atau cuaca mendung di pagi hari?

Salam Petang Rabu

Uih... nie betul2 azam baru nie sebab kemain rajin aku update blog hahaha... sila percaya.. lepas nie kalau sebulan sekali tetiba.. buat2 faham jelah hehehe..

Hari ini aku keluar rumah agak awal buat tahun 2013.. kiranya pkl 7.25 aku bergerak keluar.. sejak hari pertama di tahun 2013 nie.. aku sering keluar pkl 8 lebih.. lagi pun hari ini kuliah untuk pelajar diploma mula semula lepas diorg cuti 2 minggu.. Aku sedikit pelik.. tahun 2012.. sepanjang bulan 9-12 aku sering keluar dalam pkl 7.15pg.. dan kebiasaan biasanya matahari dah meninggi... kali ini aku perasan agak ketara pkl 7.15 itu masih gelap di luar.. sehingga aku perlu on lampu kereta sepanjang pemanduan ke tempat kerja..

Mungkin orang lain rasa biasa je.. tapi bagi aku yang dah biasa mengharungi perbezaan 4 musim dan siang-malam yang berganti panjang-pendeknya.. aku menjadi lebih alert.. memang sebelum ini aku perasan.. antara sebab aku sering ke pejabat dalam pkl 8 lebih.. fikir ku waktu itu baru pkl 7 lebih.. tapi bila tgk jam dah 8.15 .. Oh ya waktu masuk keje aku flexible sebab itu aku tak kisah sangat nak masuk pkl berapa.. cuma kalau masuk awal boleh balik awal.. tapi pada aku.. masuk awal ke.. lambat ke.. biasanya aku tetap balik lewat hahaha...

Sebelum nie aku memang perasan sebab maghrib pada sekitar bulan 11-12 ari tuh agak awal.. di awal pkl 7 dah maghrib.. kini subuh pun sedikit lewat.. menghampiri pkl 6 baru jam aku berbunyi azan.. sebelum nie pkl 5lbih dah azan...

Selama hidup nie tak pernah ambik kisah perubahan waktu... tapi pengalaman duduk di luar negara.. menonton ramalan cuaca adalah perkara wajib di sana.. sebabnya ia akan menentukan ketebalan dan jenis kain baju, seluar dan jaket yang perlu dipakai.. Kalau silap pakai.. memang padah ler.. kalau panas ok lagi.. boleh buka jaket.. kalau kena sejuk.. alamatnya mengigillah sepanjang tunggu bas nak balik ke rumah.. Aku pernah lalui pengalaman nie.. 5 minit tunggu dalam sejuk beku pun dah rasa nak pengsan hahaha...

Bergerak ke ILDAS di Sabak Bernam seawal pkl 5.30pg sekitar bulan 12 tahun 2012..
Jalan dari Bukit Tagar ke Kuala Selangor punyalah teruk..
Sempat jugalah makan Nasi ayam udang di Pantai Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam

Tuesday 8 January 2013

Rutin dulu dan kini

Salam Pagi Selasa..

Harapnya tahun 2013 ini.. aku akan rajin blogging.. bukan apa kesibukan dengan tugasan dan dateline buat aku kadangkala terlupa nak menulis.. lagipun bila mood pun takde.. nak menulis ayat pun langsung takde ilham..

Tadi semasa aku memandu ke tempat kerja.. aku teringat rutin aku saban hari dulu di UK.. hampir 4 thn aku akan bangun pkl 4.30pg dan keluar rumah seawal pkl 5.15pg.. 3tahun itu aku naik bas ke tempat kerja sebagai tukang cuci.. pelbagai musim silih berganti aku lihat dari kaca tingkap bas itu.. bas 44 adalah bas rutin aku ke tempat kerja... dan bas 66 pula sering jadi bas untuk aku balik ke rumah selesai tugas di CIS..

Dulu kira badan aku lasak... sebab tiap2 hari berjalan kaki.. turun naik bas.. memandu kereta pun hanya pada tahun pertama itupun kereta sewa sebab nak p jalan-jalan.. naik tahun 2, 3 hingga thn 5.. selebihnya pakwe lebih banyak memandu dan aku jadi mem hahaha... best sungguh waktu tu.. cakap je nak pergi mana.. pakwe takde alasan nak kata tak boleh hahaha..

Rutin sekarang.. kehidupan aku 360 berubah.. sibuk dengan kelas.. kerja.. penyelidikan.. hal peribadi.. dan kini aku kembali rindu rutin di cis.. rindu memandang ke luar tingkap dari tingkat 12.. kini bilik aku pun ada tingkap juga tapi hanya dari tingkat 3.. nasib juga pemandangan mengadap pintu masuk di belakang yang sibuk menjadi laluan pelajar turun naik bas.. dan dekat dengan kedai-kedai.. bila melepak di pejabat waktu cuti tak rasa sunyi sangat sebab masih dapat dengar bunyi kereta.. bas.. moto.. bergerak dan bising di luar tingkap..

Kadangkala terbit juga rasa rindu merayau window shopping di bandar.. dulu bila dekat2 nak x'mas dan awal tahun begini.. banyak sales awal tahun.. maka semakin rajin juga aku bershopping sakan.. kini.. nak bershopping sekadar pergi kedai jakel yang ada diskaun tuh pun aku malas hahaha... bukan apa seminggu ini aku sibuk dengan dateline... itupun aku syukur semua kerja-kerja tugasan dan semakan markah dah aku buat.. mengajar pelajar PJJ.. untuk kursus ini pun.. antara semua pensyarah yang mengajar.. aku antara yang dah release markah semuanya.. lepas nie nak buat pulak paper exam untuk diploma.. hujung minggu balik kampung... sepatutnya minggu lepas nie.. tapi aku beritahu mak aku tak dapat nak balik sebab nak siapkan tanda kertas exam.. last aku balik kampung weekend sebelum cuti x'mas. Ini pun balik sebab aku nak kena selesaikan soal masalah adik lelaki aku dengan tunang dia.. macam-macam hal.. kesian pun ada.. marah pun ada... tapi pada aku.. lebih baik menyesal sekarang dari kemudian.. lelaki kalau kahwin lambat pun takde masalah.. :)

Adakala aku rindukan UK.. rindukan rutin dulu.. tapi yang tak aku rindukan adalah rasa sunyi dan jauh dari keluarga dan rakan-rakan.. Di tanahair.. walaupun terlalu sibuk tapi hidup ada makna dan lebih dekat dengan keluarga.. Aku tak rasa ralat tinggalkan UK sebab aku dah puas hidup 5 tahun di sana.. selama 5 tahun aku lalui 4 musim silih berganti.. dari siang pendek..  ke malam pendek.. sejuk mengigil hingga ke tulang.. jatuh geduk di jalan berais.. lalui detik turun salji dengan lebat.. menikmati indahnya musim bunga dan gugur.. menjelajah ke negara-negara eropah... berbual dan melepak dengan kawan pelbagai bangsa.. agama.. dan negara.. berbahasa inggeris setiap hari.. masak something new everyday sebab ingredient mat saleh senang dapat dimana-mana..

Namun.. berada di tanahair.. aku juga rasa seronok.. more friends around.. yang kebanyakkan adalah rakan-rakan setia yang lama.. ada juga rakan-rakan baru.. tapi aku amat selective... paling best.. Jumpa BFF yang sporting.. yang mampu buat aku gembira.. sedih.. marah.. merajuk.. hahaha...but in the end.. I still love it.. ;)

To KLCC untuk tengok wayang 'The Hobbit'
;)
So far paling convenient utk tgk wayang sebab banyak screen dan schedule.. 


Sunday 6 January 2013

Mengimbas 2012..

Salam petang Ahad..

Lama sungguh aku tidak update blog kan.. sudah nak sebulan masa berlalu..

Aku masih di pejabat, setelah pulun hampir 3 hari menanda kertas exam.. semalam selesai tanda semua skrip jawapan.. dan hari ini selesai juga key-in markah.. Cuma tinggal markah OMR untuk 3 kursus yang belum aku dapat.. around next week.. bermula kerja untuk masukkan markah final.. Tak sabar nak tahu gred purata untuk pelajar yang aku ajar sem ini.. terutama pelajar degree seramai 121 orang dari 3 kumpulan.. pelajar sem 3 yang aku telah asuh dan basuh pemikiran mereka sejak awal minggu pertama hinggalah mereka berjaya selesaikan semua tugasan yang aku berikan.. serta mendapat sedikit ilmu dan kemahiran dalam membina bahan pengajaran berasaskan multimedia seandainya mereka selesai pengajian nanti... Bukan itu sahaja.. malah sikap mereka pun aku lihat mula berubah setelah banyak kali aku tegur dalam kelas..

Tahun 2012 dah berlalu.. banyak kenangan dan memori yang pasti akan aku kenang... Antaranya

1- aku mulakan tahun 2012 dengan rasa kuat untuk kembali ke tanahair setelah 5 tahun hidup di negara orang.. Ucapan tahun baru 2012 dimulakan dengan email rindu sahabat baik yang bertanyakan bila aku mahu pulang ke malaysia..

2- Hujung bulan 2 aku kembali ke tanahair.. esoknya aku mula kerja.. dengan kepala yang masih jetlag..

3- Seminggu aku kerja.. aku sound ketua jabatan aku yang lama.. sebab kurang ajar dan kurang bahasa dengan aku.. permohonan tukar jabatan yang mulanya tidak mahu diberikan akhirnya memihak pada aku.. sebab KJ dah tahu kalau aku masih dalam jabatan itu.. mesti dia kena fire teruk dengan aku.. Namun secara tak langsung.. perpindahan aku ke jabatan sekarang menjadi pencetus kepada rakan-rakan lain di jabatan lama untuk berpindah jabatan.. (tak tahu ler pesal diorg tuh takut sangat nak pindah... bila aku pindah masing2 baru tersedar.. ehhh boleh pindah jabatan ke hahaha.. dan akibatnya seramai 8 orang staf dari jabatan itu berpindah masuk ke jabatan aku selepas itu..)

4- Aku dapat mengajar semula subjek lama aku.. 7 tahun lepas.. kerana subjek ini asalnya ditempatkan di jabatan lama.. kini dipindahkan ke jabatan aku.. atas alasan.. aku boleh mengajar.. dan selama 3 semester berturut-turut aku mengajar subjek berteraskan multimedia..

5- Aku menyaksikan adik lelaki aku bertunang dan ketika sibuk menyiapkan hantaran pertunangan.. arwah ayah sempat berpesan dan meluah rasa tentang adik-adik pada aku..

6-Aku sempat temankan arwah ayah 2 kali ke majlis kenduri kendara atas permintaan dia sendiri.. dan diberi peluang untuk pimpin tangan dia memandangkan dia tidak kuat berjalan lagi seperti dulu semasa aku ke pahang..

7- genaplah 3 bulan aku pulang ke tanahair.. ayah tinggalkan kami sekeluarga.. Aku akan tetap ingat memandu pada kelajuan 145km/j pada malam itu.. apabila mak beritahu ayah di wad icu dan aku tiba hampir 2 jam memandu.. 2 jam aku tiba... ayah pergi buat selama-lamanya..

8- Aku takkan lupa bagaimana aku tidak mampu melelapkan mata aku.. bermula pukul 12.30tgh malam ayah meninggal.. hinggalah ke petang esoknya.. Aku saksikan setiap detik masa yang berlalu.. dari ayah meninggal di wad ICU.. diuruskan ke rumah mayat.. dibawa pulang ke rumah.. dimandikan esok harinya.. dikafankan di ruang tamu rumah.. dimasukkan ke liang lahat dan dikebumikan di tanah perkuburan.. Tiap kali teringat arwah ayah pastinya aku teringat setiap detik rakaman waktu itu..

9- Aku mula sibuk dengan tugasan kerja.. rezeki aku untuk terlibat dengan penyelidikan dengan beberapa profesor universiti lain.. disebabkan pengalaman yang sama terlibat dengan projek MIMOS.. tugasan itu menyebabkan aku dapat berkenalan dan bekerjasama dengan mereka..

10- Thesis aku masih dalam proses penulisan.. mejelang beberapa hari sebelum tahun 2013.. akhirnya email aku di balas oleh SV setelah 2 bulan aku hantar email tuh.. (mulanya aku dah risau sangat sebab 2 bulan SV senyap tak balas-balas email aku...) Dia meminta aku menghantar chapter analisis lengkap dan aku balas dengan berjanji untuk serahkan selewatnya pada penghujung januari 2013.

11-Penutup tahun 2012.. Aku berada di Johor Bharu.. menghadiri bengkel selama 4 hari dan 3 malam.. Sayang tidak sempat untuk ke singapura kerana kesuntukan masa.. dan malam 31hb itu aku sempat singgah ke kampung dia.. itupun dah lama tak balik kg.. kali terakhir masa cuti raya haji...

Azam tahun 2013... sebenarnya takde azam baru.. lebih kepada kesinambungan tanggungjawab yang belum selesai di tahun 2012
1- Selesaikan Thesis.. target sebelum bln 4 hantar penuh thesis.. aku merancang nak berhibernasi bulan 1-2 ini.

2- Aku mahu mula berjalan mengembara; beberapa destinasi dalam kepala, tokyo, bangkok, singapore, china, usa..(mana yang sempat) .. Umrah?? InsyAllah..
3- Hati aku dah rindu sangat nak balik UK.. sampai datang dalam mimpi... itu yang aku kena pulun siapkan thesis secepat mungkin..
4- Tahun ini aku akan lebih banyak invisible dari kawan-kawan.. harapnya tidak invisible dari blog... ada beberapa insiden yang menyebabkan aku terguris hati dengan sikap rakan-rakan yang ada.. so aku decide.. silent is better.. banyak bercakap pun tak guna.. lagi menambahkan sakit hati.. dan merunsingkan fikiran../
5- Aku mahu happy dan bahagia dalam apa juga yang aku lakukan.. Biar pun perkara itu sekecil perkara.. andai itu mampu buatkan aku gembira.. that enough for me..

Adakalanya melepaskan sesuatu itu adalah yang terbaik... Aku redha.. Aku akur.. mengharap itu biasa untuk sesiapa sahaja.. tapi aku tahu harapan aku tetap akan tinggal harapan.. sebab tanggungjawab itu bukan untuk aku dan bukan kehendak aku.. Aku berdoa.. Allah mampu berikan aku kekuatan menghadapi sikap orang-orang yang terlalu pentingkan diri.. mengejar pangkat.. kekayaan.. populariti.. kasih sayang.. cinta.. kesempatan..Aku hanya mahu gembira dan bahagia... Adakalanya terlintas andai kematian datang pada usia begini.. kerana kita tahu mati itu pasti.. Apatah lagi memikirkan arwah ayah ada di sana.. tapi hidup kena teruskan.. perjuangan masih banyak yang perlu diselesaikan.. dan tanggungjawab yang 1 ini paling utama untuk aku selesaikan...

Adakah bila kita berbuat baik pada orang.. kita akan dapat balasan yang baik?? Sudah tentu kita mengharapkan begitu.. tapi bila terjadi sebaliknya.. adakalanya aku persoalkan juga niat baik aku pada awalnya.. kadangkala terpaksa telan rasa pahit.. bila budi baik yang kita lakukan.. dibalas dengan rasa sakit hati..

p/s Redha lah hati.. itu sahaja yang mampu aku katakan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...