Sunday 5 May 2013

Mari kita mengundi..

Salam awal pagi Ahad..

Mari ler mari kita mengundi..

Jom kita mengundi..

Lagu nie korang mesti biasa dengarkan. Aku hingga sekarang belum pun dapat tidur lagi. Dah nak pkl 2pg belum tidur lg. Bukan sbb excited nak ngundi. Tapi sebab kaki sengal dan berdenyut pulak ni. Ptg tadi keluar beli brg. Selesai tuh semua terperangkap dlm jem sbb ngada2 nak ikut jln utama nak tgk kemeriahan bendera. Adalah juga orang kibar bendera BN & PKR  sebelah nyebelah je. Really a lovely sight to see. Takde gaduh2. I likeee ;)

Aku bakal mengundi di negeri Selangor. Undi mana? Rahsia ahaks.. samada nak kekal atau nak ubah? Kita tunggu jelah keputusan malam esok.

Teringat kenangan ngundi di UK thn 2010. Rakyat dari negara komanwel boleh mengundi di UK. Mengundi kat sana takde sangat perang poster. Tapi diorg kempen cara datang rumah. Call telefon rumah. Kalau kita cakap tak tahu sangat pasal parti diorg. Diorg akan explain apa yg diorg dah buat.

Proses mengundi diorg pun simple sangat. Bawak kad mengundi yang diorg poskan. Pergi tempat mengundi kat sekolah. Tengok meja yang ada poskod rumah. Semak senarai nama. Ambik kertas undi. Pangkah parti yang berkenan. Aku pangkah parti local sebab parti tuh dah menang besar pilihanraya sebelum tu. Pakwe pulak pangkah parti labour. Yang best ye diorg suruh pangkah 2 ke 3 parti masa tu. Senarai parti yg ada masa tu dekat 10 hahha jenuh fikir mana nak pangkah sebab parti yg aku fimiliar 2 3 kerat je. Yg lelain tu ada yg xpenah dengar nama pun ada. Tapi masa tu ngundi relak je. Takdelah meriah mcm kat mesia. P sekolah tmpt mengundi pun mcm takde orang je. Tapi ada jugalah org bg kertas kempen parti sebelum nak masuk tu.

Esok aku mengundi tengahari sikit sebab mak ada kondangan dan rewang kenduri kawin esok pg. Lagipun nak elakkan ramai orang ramai beratur pagi tu.

Ini dah kali ke 3 aku mengundi ikutkan patut kali ke 4 tapi sebab thn 2008 kat UK so tak mengundilah masa tu. Apa pun tanggungjawab kenalah dilaksanakan.

Selamat mengundi untuk semua rakyat Malaysia.

P/S Kueh.. buku mu dik akak dah dapat jumaat baru ni. Sempat baca 2 3 muka je pastu lupa nak bawak balik kg. Tq so much ye dik.. blog lama ada penah compile nak buat buku tapi tak sempat siap.. Maybe lepas nie akak kena buku kan blog akak kot ;)

Kemeriahan bendera di sekitar Manjung-Lumut semasa menyelia pelajar di TLDM Lumut khamis lepas.

Update blog dari skrin hp samsung yg kecik hingga lenguh tangan tekan keyboard touch screen. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...