Saturday 30 July 2011

Tiba-tiba ingat dia..

Aku pernah ditanya oleh seseorang lama dulu..

Andai aku jumpa dia.. mana tahu aku mungkin kawin dengan dia..

Tapi jawab aku.. tak mungkin sebab aku kenal pakwe sejak umur aku 13tahun..

Mungkin juga tidak.. sebab ditakdirkan jodoh aku dengan pakwe..

Kadangkala pernah juga terfikir bila kita lihat pasangan orang lain..

Terfikir mengapa si dia bukan seperti itu.. (ini biasa lumrah bagi sesiapa pun)

Namun.. Bila aku fikir-fikir mendalam lagi..

Itulah jodoh namanya... dan itulah dirinya..

Seperti mana dia terima diri kita (yg juga serba kekurangan)..
Maka seharusnya juga kita terima dia yang serba kekurangan juga..

Tiada manusia yang sempurna..

Adakala kita lihat hidup mereka bahgia.. tenang.. gembira.. lengkap semuanya..

Namun kita tidak tahu.. mungkin hati mereka rasa kosong atau ada kekurangan lain yang tidak dilihat oleh kita..


Aku syukur punya dia..

Bila aku tidak sempat buat sarapan pagi..

Dia tidak kisah untuk masak nasi goreng atau mee goreng untuk aku..


Bila aku kelam kabut nak buat roti bakar di awal pagi..

Aku lihat dia sedang buat chicken atau sosej wrap untuk aku..


Bila roti di rumah dah habis..

Dia sanggup rebus spaggeti dan buatkan mee goreng untuk aku bawa bekal esok hari..


Bila aku pulang dengan letih ke rumah.. dengan mood malas nak masak..

Aku masuk dapur terlihat lauk sudah siap dimasak dalam periuk..


Bila aku mengadu sakit bahu dan leher..

Dia tanpa banyak soal urut bahu dan leher aku hingga aku rasa lega..


Bila aku tensen atau stress dengan kerja-kerja study aku..

Aku sentiasa ada dia untuk bermanja dan hilangkan rasa sedih tanpa banyak soal..


Bila aku rasa rindu..

Dia sentiasa ada untuk buat aku kuat dan bertahan rasa hati..


Bila aku marah-marah atau takde mood nak bercakap..

Dia sentiasa sabar layan mood aku.. walaupun tanpa bercakap apa-apa..


Bila aku teringin nak makan masakan dia..

Dia akan buat untuk aku tanpa banyak soal..


Bila aku sedang sibuk menelaah kerja-kerja study aku..

Kadangkala.. dia bawa sepinggan makanan dan letak di sebelah meja study aku..


Walaupun kadangkala ada yang aku tak puas hati pasal dia..

Namun aku tetap sayang dia buat selama-lamanya..

Dia tetap pilihan aku.. walau seribu.. sejuta pun pilihan lelaki lain yang mungkin lebih hebat dari dia..

Bila sahaja aku bersama dia.. walaupun dia diam seribu bahasa..
Aku tahu dia sayang aku.. dan aku sayang dia..

P/s Ini pesal mood jiwang nie?????
Sorrylah..
Kepala tengah pening nak siapkan report nie...


Perut rasa lapar pulak..
Tiba-tiba rindu dia..
Ke aku rindu masakan dia time aku lapar nie..
Takpelah..

Aku makan maggi kari yang kawan sebilik aku tolong belikan tadi..
Sob.. sob.. sob..

Thursday 28 July 2011

Kalaulah dapek makan ABC ini time..

Salam Khamis...

Yeayyy esok dah jumaat.. Yolah.. Baru lepas ngadap SV.. aku sudah ada kerja kena report.. selasa depan kena hantar.. aduhhh... makin banyaklah buku n artikel kena baca nie.. nak prepare report.. Nampaknya weekend takleh dah nak berpoye-poye.. minggu depan mmg kena ngadap.. ye sekarang gerak gempur sebab mahu balik thn nie juga.. InsyAllah..

Sudah 3 hari panas... aku pakat balik tak pakai jaket.. sampai semalam ada rasa nak berkaki ayam... bukan pakai kaki ayam ye.. stokin nipis yg aku pakai pun rasa meruap2 dalam kasut yang ditutup.. Hari nie hujan.. tapi tak lebat.. walaupun dah buka tingkap.. tapi aku tetap rasa panas... nie dah nak 3.30ptg.. kot lah dapek p makan ABC ke.. cendul ke.. best sungguh...

Kerja ok.. cuma dah seminggu badan aku letih giler.. yelah sejak ada tetamu kat umah.. tak dapat dah nak balik awal cam selalu.. kadang bukan apa.. aku risau kot hby kwn aku ada kat umah tuh.. aku tak segan.. tapi dia yang segan hehehehe... eceh.. idaklah.. rasa kurang privacy sikit.. selalu kalau letih cenggini.. memang time nie aku dah balik umah membuta.. sejak minggu lepas sakan berjalan bercuti tak ingat diri.. bukan apa kwn aku nak balik mggu depan.. so dia pulun lah ajak kitaorg bercuti ngan dia sebelum dia balik..

Sekarang nie musim tidur kat ofis dah jadi selalu.. setiap hari aku mesti terlelap kat ofis.. masuk jek tengahari aku dah tersenguk2.. aduhai.. nie weekend nie nak pulun buat report.. hari nie aku baca sikit2 nak prepare.. itu pun baca sepintas lalu jek.. badan lesu sangat.. pastu rasa cam dah tua sangat.. hahaha.. yelah dulu masa umur awal 30 rasa ok jek.. now dah nak dekat 40 nie terasa dah.. terutama bila kita kena banyak guna otak utk berfikir.. dan badan untuk bergerak.. Syukur aku ye programming code dah stop.. aku request berhenti dari SV aku sebab aku dah tepu byk masa aku buang buat programming jek.. walaupun camtu.. masih ada script baru dan application baru lak kena study... Nampak???? hidup aku dengan programming dan application tak dapat dielakkan... Yelah dah ambik major comp sci.. what do you think you're doing?? Tanam pokok?? hehehe... kot ye tanam pokok dah dapek dah hasil.. ini 5 tahun ye tanam pokok nie.. kalau pokok buah dah byk leh makan dan jual ;)

Takpe ilmu itu wajib dituntut... ilmu yang kita dapat pun tak kurang juga.. itu jelah yang aku duk sebut untuk ambik hati sendiri.. yang pasti.. InsyAllah.. belajar ilmu tak rugi.. yang rugi kalau kita tak tahu nak apply ilmu tuh kat  mana..

Minggu depan dah nak puasa kan.. Ramadhan yang ke 5 untuk aku kat sini.. Alhamdullilah... masih merasa lagi berpuasa di rantau orang.. Semalam aku call kawan aku.. dia cakap dengan aku.. bila tengok orang dah mula jual kuih raya dia terus teringatkan aku.. teringat aku yang jauh di rantau orang.. dan dah mula nak beli kuih sikit-sikit untuk aku.. Wahh... Syukur.. Aku tak kisah sangat sebenarnya.. Sedih jugalah sebab acap kali tiap kali aku call dia.. soalan.. 'Bila nak balik nie' buat aku malas nak jawab... Sabarlah ye.. balik tetap balik.. Cepat atau lambat pasti aku akan balik juga.. Kan itu tanah tumpah darahku.. nanti bertahun-tahun lah tengok muka aku nie... sampai tak larat dah nanti ;)

Bantal peluk aku kat CIS
Hari nie aku bagi dia dengar muzik sambil goyang-goyang kepala ;)
Lepas nie ajak dia p makan aiskrim lah..

Tuesday 26 July 2011

Bila takdirnya untuk jatuh cinta sekali lagi..

Ya.. Cinta tidak boleh dipaksa..
Kasih sayang juga tidak boleh diminta-minta..
Rindu.. itu lumrah pada yang bercinta..
Namun kecintaan pada yang Esa tetap kekal selama-lamanya..


Andai Allah sudah takdirkan begitu laluan hidupnya..
Walau bagaimanapun kita cuba untuk lari dari ketetapan..
Pastinya laluan itu juga yang kita tempohi..

***********************************************************************************************************
Sambungan dari sini

Aku pandang semula beg berwarna kelabu itu berulang kali.. Aku pandang muka dia.. Aku pandang sekeliling.. Dia mula merasa pelik dengan kelakuanku.. Lantas mulut aku berkata..
"Abang.. TCC kenal beg nie.. Ini beg B" aku mula rasa serba salah..
Dia pandang muka aku.. Riak mukanya begitu tenang sekali.. Dia lantas berdiri berhampiran denganku.
Aku mula memandang ke depan.. mata aku kembali melilau memerhati sekeliling.. Aku mula mencari-cari B..

Tiba-tiba dari jauh.. Aku nampak B.. Dia berjalan agak pantas mendekati aku.. Riak mukanya nampak bengis sekali. Aku mula rasa takut. Dia yang ada di depan aku mula mendekati aku. Lalu dia berkata dengan perlahan..
"TCC.. jangan risau dan panik ok.. tenangkan diri"
Aku pandang wajah dia.. Aku cuba tenangkan diri aku.. tapi hati aku semakin berdegup kencang..

Beberapa saat kemudian.. B datang menghampiri aku.. Aku memandangnya dengan sedikit senyuman..Wajahnya langsung tidak mahu memandang muka aku.. Degupan jantung aku semakin laju..

B mula bersuara.. "Assalamualaikum.."
Dia menjawab salam B "Waalaikumsalam"
"Awak tahu tak.. Ini tunang saya" kedengaran suara B mula meninggi..
Dia mula memandang wajah aku.. Aku mula rasa panik.. Tak lama kedengaran dia berkata..
"Saudara.. Boleh tak kita bercakap di sana.. tak elok rasanya di sini"

Dia mula bergerak menjauhi aku.. lebih kurang 20 meter dari tempat aku berdiri.. Aku dah mula risau.. Takut berlaku adegan tumbuk menumbuk atau bergaduh pulak.. tapi melihat sikap dia yang begitu 'cool' dan tenang.. Buat aku semakin respek pada dia.. Riaksi B langsung tidak menunjukkan sikap mahu mengalah.. tapi dia turut bergerak mengikuti dia.. Dalam sayup-sayup perbualan mereka, aku terdengar serba sedikit inti pati perbualan mereka.. perkataan tunang.. ganggu..kacau.. buat apa kat sini.. kedengaran berkali-kali..

Aku yang memandang mula rasa serba salah.. Aku rasa bersalah.. tapi hakikatnya.. aku tidak buat apa-apa yang menyalahi pun.. aku hanya sekadar jumpa dia tak sampai pun 2 3 minit.. Lagipun bukan ye kami buat yang bukan-bukan.. Mengetahui sikap B yang memang tidak pernah mengalah dan panas baran itu.. buat aku terus rasa bosan..

Aku mula mencapai gelas dan piring yang diletakkan di motor dia. Aku buka langkahku untuk naik ke tingkat 2.. Apa yang mereka bualkan atau katakan aku dah tak nak ambil tahu.. Aku rasa semakin bosan.. Kepala aku 'blank'.. Bila sahaja aku mula menaiki beberapa anak tangga.. Aku lihat B berpaling memandang aku.. B mula mengejar aku.. Dia pula seolah tergamam melihat tindakan B..

Aku pula semakin pantas berlari menaiki tangga.. B mengejar aku.. Sedang aku kelam kabut berlari ke tingkat 2.. Aku dengar suara dia di tingkat bawah..
"TCC... Ok tak?? Tak ada apa-apa ke?" kedengaran suara dia yang penuh rasa risau
Belum sempat aku menjawab apa-apa.. tiba-tiba B menyampuk..
"Awak jangan cuba nak naik.. Nanti tak pasal-pasal awak kena"

Aku yang mendengar kata-kata B terkejut.. 'Angkuhnya' itu yang aku sebut dalam hati.. Namun untuk tidak membuatkan dia ternanti-nanti.. Aku pun berkata
"Takpe.. TCC ok.. Baliklah.. TCC ok.. Jangan risau"

B memandang aku dengan bengis.. jarak antara dia dan aku hanya beza beberapa anak tangga sahaja.. Mulanya aku mahu terus masuk ke rumah.. tapi aku rasa aku perlu berikan dia peluang untuk berkata-kata.. Kalau dia nak marah sekali pun.. Aku nekad untuk mendengar semuanya.. Biar semuanya diperjelaskan malam ini..
Akhirnya aku tiba ke pintu rumah.. Aku duduk di tangga berhampiran sambil menarik nafas.. B mula mendekati aku.. Wajahnya masih seperti tadi.. Aku hanya mampu tunduk memandang gelas dan piring kecil di tanganku. Aku letakkannya di sisi. Aku angkat mukaku dan pandang B.

"Sejak bila selalu jumpa lelaki tuh" B bertanya dengan nada yang masih tinggi..
"Tak lah.. Kebetulan malam nie dia nak datang jumpa TCC"
"Buat apa dia datang?"
"Sahajalah datang menjengah.. bukannya buat apa pun"
"Ingat diri sikit.. U tuh tunang I.." Nada suara B semakin meninggi..

Aku diam.. malas nak cakap apa-apa.. B pandang muka aku dengan riak yang marah.. Aku pula.. makin rasa bosan.. Kepala aku dah tak mampu nak fikir apa-apa waktu itu..
"Ok.. I nak tahu.. TCC kena buat pilihan.. I atau lelaki tuh?" kata B lagi..
Aku diam.. kepala aku blank.. hati aku blank.. Aku rasa bosan sangat.. Lantas aku jawab
"Entahlah.. I tak tahu.. Malas nak fikir"
"I tanya.. I atau dia.. TCC kena pilih sekarang.." Suara B makin tinggi
"Tak tahu.. I tak leh nak fikir apa-apa.. nak pilih siapa.. kita borak lain kali lah" Aku mula berdiri..

B mula menghampiri aku.. Dia cuba halang aku dari masuk ke rumah.. Muka dia masih lagi bengis seperti tadi.. Soalan yang sama diulang lagi..
"Pilih I atau dia.. I nak tahu jawapannya malam ini"
Kali ini rasa marah aku pula datang meluap-luap.. Rasa bosan dengan sikap B buat aku tambah meluat..
"Kan dah TCC cakap.. TCC tak tahu.. tak boleh nak fikir apa-apa malam ini.. I letih nak masuk rehat"
B cuba halang aku masuk ke rumah dengan menghadang tanganku dari membuka pintu rumah.. Kali ini rasa marah aku semakin menjadi-jadi...
"Eh.. tak faham-faham ke.. I nak masuk rumah nie.. I tak nak fikir apa-apa malam nie.." Kali ini aku cuba tepis tangan B yang menghalang aku...

Tiba-tiba.. Pintu rumah aku dibuka dari dalam.. Rakan serumah aku muncul dari dalam.. Tiba-tiba kedengaran rakan aku berkata..
"TCC.. U ok??" rakan aku pandang muka aku dan B..

Aku pandang muka rakan aku.. Syukur dia muncul tepat pada waktunya.. B nampaknya mula berundur ke belakang.. Tangannya yang menghadang pintu tadi dilepaskan.. Aku berjalan bergerak berdiri di depan pintu.. sebahagian badanku sudah berada di muka pintu.. Aku pandang muka rakanku.. dan mengangguk perlahan "Aku ok.. jangan risau" kataku perlahan

"Tadi ada orang call.. lelaki.. tanya ko ok ke tak.. dia minta aku tengok keadaan ko tadi.. tuh yang aku buka pintu nie" kata rakanku..

Aku pandang muka rakan aku.. Aku tahu siapa yang dia maksudkan.. dan aku bersyukur.. Dalam aku begitu berserabut.. masih ada yang mahu ambil berat pasal aku.. Aku pandang pula muka B.. Dia masih macam tadi.. Bengis.. marah.. tapi aku dah malas nak cakap banyak.. Aku lalu berkata dengan perlahan.. "Dahlah B.. baliklah.. esok sahaja kita bincang ok.. I letih.. Selamat malam"

Tanpa menunggu sebarang jawapan dari B, aku terus tutup pintu rumah.. Bila sahaja aku berada dalam rumah barulah aku mula tarik nafas lega.. Rakan yang bertanya tadi mula memandang wajah aku.. Aku mengangguk perlahan.. Aku capai tuala dan terus ke bilik air.. Mandi.. Solat dan terus masuk tidur..

Beberapa hari selepas itu.. (Aku pun dah lupa)

Aku dan B bertemu.. Kali ini kami mampu berbicara dengan lebih rasional.. Soalan tentang pilihan itu masih lagi ditanya oleh B.. Tapi seperti sebelumnya aku tetap tidak mahu menjawab soalan itu.. Yang kami bualkan adalah tentang masa depan kami.. sikap panas baran kami berdua.. sikap dia yang begitu cemburu.. apa yang aku rasa.. apa yang B rasa..  Ketika itu aku dah 2 bulan bertunang dengan B.. Kepala aku dah semakin berserabut.. Aku masih ingat aku beritahu B..
"Andai kita tetap mahu teruskan pertunangan ini.. TCC amat yakin.. kita tak mampu bertahan lama.. kita akan bercerai.. so untuk apa kita teruskan.. U panas baran.. TCC pun panas baran.. kita berdua tak serasi lagi macam dulu.. lebih baik kita berhenti di sini sahaja"

B mendengar kata-kataku tanpa berkata apa-apa.. Dia diam sahaja.. Sebenarnya banyak yang kami bincangkan.. Aku minta B fikirkan semula semua kata-kata aku.. Lagipun aku sendiri pun dah nampak hubungan kami tak kan kemana-mana.. banyak faktor yang menyebabkan aku kini sudah rasa tidak mahu lagi meneruskan hubungan kami..

Sebenarnya sebelum pertemuan aku dan B ini.. Aku dah call mak untuk minta pendapat dia.. Aku beritahu dia semua yang berlaku pada malam itu.. Aku masih ingat aku menangis dalam telefon menceritakan semua yang berlaku.. Waktu itu aku memang nekad mengikut sahaja apa juga keputusan mak.. aku nekad minta mak buat keputusan untuk aku.. sebab aku kini dah buntu.. tak tahu nak buat apa lagi.. Mak mencadangkan.. andai aku mahu putuskan pertunangan tuh.. biarlah tunggu 3 bulan.. dia juga berpesan pada aku.. supaya jangan jumpa dia buat masa ini.. Ini untuk menghormati perasaan B..

Esoknya.. Aku terima panggilan telefon dari B.. B putuskan yang dia mahu berpisah dengan aku.. Dia yang mahu putuskan pertunangan kami.. Aku ingat lagi kata-kata B
"Sampai sinilah hubungan kita.. Kita putus tunang.. beritahu mak.. B akan hantar barang-barang pertunangan ke kampung TCC"

Aku diam.. Sedih pun ada.. sayu pun ada.. hubungan percintaan kami selama 5 tahun itu putus akhirnya.. Sayang?? sudah tentu aku masih ada rasa sayang waktu itu untuk B.. 5 tahun itu bukanlah tempoh yang sekejap.. terlalu lama aku kira.. tapi takdirnya.. bukan jodoh kami.. Aku ucapkan terima kasih pada B.. lantas aku ambil kesempatan itu untuk meminta maaf andai ada salah silap aku... Aku terima keputusan B untuk berpisah dengan hati terbuka.. Bukan sebab kerana aku ada dia sebagai penganti maka aku rasa aku ok.. Tidak!!!.. Cuma waktu itu aku rasa aku dah tak mampu lagi bertahan dengan B.. cukuplah..

Aku call mak selepas itu.. Aku beritahu mak tentang keputusan B.. tentang apa dia yang beritahu aku.. Mak berulangkali ingatkan aku.. sabarlah.. Aku rasa mak tahu yang aku sedih.. tapi pada masa yang sama.. Aku dan mak tahu.. Keputusan itu yang terbaik untuk aku dan B..

Beberapa minggu selepas itu.. B datang ke kampung membawa semua hantaran pertunangan.. Cincin pertunangan juga aku berikan pada mak untuk diserahkan pada B.. Ketika dia datang itu aku tidak pulang ke kampung.. Sebenarnya selepas B call aku untuk beritahu yang dia mahu memutuskan pertunangan.. dia juga pernah beberapa kali call semula untuk memujuk aku.. malah pernah juga datang jumpa aku di tempat kerja.. tapi semuanya aku abaikan.. Kata aku satu.. "Keputusan telah dibuat kan.. Cukuplah" Waktu ini aku dah nekad.. aku dah takkan patah balik lagi.. What is done.. is done.. I'm moving on..


Hubungan aku dan dia masih berjalan seperti biasa... Dia masih call aku seperti selalu.. Ketika itu aku seolah seperti hilang arah.. 'depresss'.. 'sedih'.. 'sayu'.. mujur aku ada dia.. sedikit sebanyak dia bantu aku untuk teruskan hidup.. waktu itu aku benar-benar rasa serik mahu bercinta lagi.. malah dengan dia pun aku mula rasa bosan.. entahlah.. emosi memang tak stabil kan.. Oleh kerana masih ada gangguan dari B, atas permintaan dia.. Dia minta aku tukar kerja ke tempat lain.. Kebetulan waktu itu HQ sedang berpindah ke Shah Alam... aku ambil kesempatan itu untuk minta ditukarkan ke Shah Alam... Alhamdullilah.. permohonan aku diluluskan.. dan aku mula berkemas barang untuk urusan perpindahan..

Aku tinggalkan bandar Kajang dan BBB dengan penuh kesedihan.. banyak memori aku di situ.. Suka duka.. pahit manis.. kenangan.. name it.. banyak yang telah aku lalui.. Kali ini aku nekad untuk mulakan hidup baru.. Lupakan yang dulu.. dan teruskan hidup..

Sebenarnya selepas sahaja aku putus tunang.. Perasaan aku pada dia masih seperti dulu juga.. Masih takde rasa apa-apa.. sayang pun tidak.. cinta pun tidak.. Kali ini aku seolah-olah sudah tidak mahu bercinta lagi.. serik.. aku takut kecewa dan aku juga rasa penat.. penat mahu bercinta lagi.. penat mahu mengenali dan memahami lagi... lagipun.. kali ini aku mahu pastikan.. pilihan aku diterima oleh mak dan ayah terlebih dahulu.. barulah aku fikir tentang hati aku pula..

Aku pernah tanya secara berterus terang pada dia.. Apa perasaan dia pada aku.. Adakah dia serius dengan aku.. dan aku masih ingat dia beritahu aku.. Perasaan dia pada aku dah lama.. Sejak aku berumur 13tahun lagi.. dan dah bertahun-tahun dia menunggu aku.. walau entah berapa kali aku tolak diri dia.. tapi apa dia rasa pada aku tidak pernah berubah.. dan kini.. bila aku sudah ada di depan mata dia.. dia nekad tidak mahu lagi melepaskan aku.. dan juga tidak mahu lagi mengalah.. sebab itu walaupun aku sudah bertunang.. selagi aku belum kawin.. dia rasa dia ada peluang... Aku terdiam mendengar kata-kata dia..

Satu hari aku pulang ke kampung dengan dia.. Sebenarnya ada tujuan... Aku nak temukan mak dan ayah aku dengan dia.. Aku nak mak dan ayah aku lihat dan tengok sendiri perangai dia.. Aku masih ingat ketika dia meletakkan kereta proton iswara aeroback di bawah pokok rambutan rendang di depan rumah.. Entah dari mana.. Ayah keluar dari rumah.. Yang buat aku semakin pelik.. Ayah dengan ramahnya jemput dia masuk ke rumah... dan tinggalkan aku seorang diri di luar rumah.. Waktu ini aku dah tersenyum dalam termanggu-manggu.. Apa mimpi ayah aku hari ini.. Ya.. dan buat pertama kali juga dalam hidup aku.. Dialah satu-satunya lelaki yang ayah aku jemput dari kereta.. dan dipelawa hingga masuk ke rumah... Dan aku takkan lupa insiden itu hingga ke akhir hayat aku..

Bila dia pulang.. Aku pun mula tanya mak aku secara terus terang.. Perasaan mak aku tentang dia.. dan aku juga minta mak tanya perasaan ayah pula... Setelah mendapat persetujuan dari mak dan ayah.. Akhirnya selepas setahun, kami ditunangkan.. kami bertunang 7 bulan sahaja.. dan ketika bertunang itu aku mendapat tawaran untuk berpindah kerja di Perak.. 2 bulan aku masuk kerja di tempat baru.. Aku dan dia akhirnya menjadi suami isteri... dan setahun selepas itu.. kami ke luar negara kerana aku sambung pengajian aku di peringkat master pula...

Kini Alhamdullilah.. kami masih bersama.. Dia kini sekali lagi mengikut aku ke luar negara.. Serasa baru sahaja aku kenali dia ketika umur aku 13tahun... seolah-olah kenangan itu semua baru sahaja berlaku.. tak sangka dah lebih 20 tahun aku kenali dia.. dan juga dah lebih 10 tahun kami diijabkabulkan... Semoga jodoh kami membawa ke syurga hendaknya...

Tamatlah siri kisah cinta ini... Ia banyak mengajar aku tentang pengalaman dan kenangan.. Ia tidaklah seagung kisah cinta orang lain.. tapi cukuplah ia menjadi cerita untuk dikenang agar rasa cinta itu semakin membara..

Adakala kita mengharap cinta..
Tapi cinta itu bukan milik kita..
Adakala kita menolak cinta..
Namun andai itu jua jodoh kita..
Bersama juga akhirnya...

Writing all this bring lots of memories... what I feel about B.. how I feel about 'Dia'..
Cukuplah aku kenang cerita ini.. Aku mahu tutup memori silam.. dan teruskan kehidupan...

I always love him.. 
Even more everyday.. 

P/s He called..
Abg nak beli roti nie.. Nak roti yang camna nie
Alah yang biasa beli tuhlah..
Yang tebal ke yang nipis??
Alah yang biasa beli..
Takpelah kang abg beli kat farm food..

Tengok nak beli roti pun call tanya..
You make my day my dear ;)
Yeayy.. Esok leh bawa roti bakar kaya

Monday 25 July 2011

Rehat dulu.. Jgn masam muka.. nanti cepat tua..

Salam Isnin..

Aku tahu.. aku tahu.. sejak sabtu lagi ada yang menunggu aku sambung kisah cinta itu..

Dah 3 siri pun masih tak habis-habis kan.. aku sendiri pun muskil pesal panjang bebeno aku menaip kisah itu.. tak tahulah adakah kerana aku suka merapu.. atau suka buat-buat cerita.. atau saja-saja bagi dramatik sikit untuk orang baca..

Dalam pada itu.. terfikir gak.. korang nie rasa kisah cinta itu kisah siapa ekk?? Kisah aku?? Kisah dia?? kisah orang lain.. atau kisah yang sengaja dibuat-buat.. atau sebenarnya aku ciplak dari novel yang pernah aku baca.. atau mungkin dari drama swasta yang pernah aku tengok...

Agak-agak kalau aku terus jek buat ending..

"Maka.. akhirnya mereka pun bertemu jodoh dan kawin..... Semoga perkahwinan mereka membawa hingga ke syurga.."

Aku rasa ada yang bukan takat mengamuk.. tapi ada yang sanggup datang sini carik aku nak balas dendam ;) (jangan buat cam kes kat Norway tuh.. p bunuh 92 orang kat satu pulau nie)

Oklah.. Oklah.. InsyAllah aku akan sambung.. Jika sempat petang ini.. kalau badan aku tak letih dan otak aku masih mampu menjana idea2 bernas dan merepek.. InsyAllah aku akan tulis sambungan kisah itu..

Sekarang nie aku tak mampu nak menaip sambungan.. Ada seminar yang aku kena attend kejap lagi.. dan nak layan kerja study yang tengah bertimbun nie...  Bukan apa aku letih sangat nie.. penat cuti hujung minggu pun tak hilang lagik sebab semalam aku sampai rumah dekat pkl 11 malam.. dan tidur dekat pkl 1pg.. Mata ngantuk giler nie... Jangan aku tidur dalam seminar tuh nanti udah...

Untuk perhatian.. biasanya aku akan ambil masa dekat2 sejam dua.. untuk menaip kisah itu.. Aku cuba buat last entri.. sebab tak larat mahu sambung2 lagik.. tapi kalau aku takde mood nak teruskan menaip.. memang aku akan sambung..

Ok Jangan marah.. nanti cepat tua.. biarlah senyum-senyum selalu ok.. sentiasa awet muda... Sabar itukan sebahagian dari iman ;)

Till then.. InsyAllah.. kita jumpa lagik...


Masa untuk buka mata.. buka telinga..
Tapi time dengar seminar nielah time best tidur kan
Ahaks ;)

Friday 22 July 2011

Tukang cuci bercinta dengan penuh dugaan..

Wah tajuk entri aku.. Ahaks.. kasi jiwang sikit lah kan.. Selalu skema jek.. mana boleh.. Ok.. Sebelum aku meneruskan kelajuan jari jemari aku menaip nie.. Aku mahu membebel sat pasal kerja aku.. Biasalah dah tukang cuci.. Ingat kerja tukang cuci takde stress ke?? Takde politik... Walaupun cuci mangkuk tandas dan singki.. politik tetap ada tau..

Finally aku selesai cover kerja org ari nie.. Dah 2 orang tegur aku hari nie cakap "Finally it's Friday ;)" dan aku pun jawab "Yeay" dengan gerak badan yang agak ngada-ngada.. Tak kisahlah.. kitaorg kat tempat kerja nie memang cenggitu... kalau jumaat jek semua pakat happy.. sebab esok lusa cuti weekend.. Isnin jumpa balik semua moyok jek ahaks... Cuma aku pelik sikit dengan diri aku hari nie.. Sebab aku kena cover department HR.. entah camna aku boleh selamba naik p department aku kat SDS tuh.. dah sampai tingkat 6 baru aku sedar.. 'Ehhh bukan aku patut p buka pintu besar kat HR ke?' dah sudah aku kena turun balik level bawah p buka semua pintu2 masuk ke bangunan utama.. Udahlah pintu tuh jenis pintu gerbang camtu.. punyalah berat ya amat nak tarik buka.. tapi tiap kali buka pintu nie aku memang suka.. sebab view dia memang best.. Pastu lagik best.. lepas jek buang sampah dari department aku.. leh pulak p naik lif naik ke department sendiri.. walhal tuh aku patut terus jalan p HR nak p buang sampah lak.. Aku rasa aku nie banyak fikir hari nie.. atau sebenarnya aku mamai.. maklumlah.. aku tidur hanya 3 jam ari nie.. bangun dkt pkl 3 pg.. kelam kabut.. sahur sebab subuh masuk pkl 3.09pg.. lepas subuh.. solat.. terus tak tidur sebab buat kerja sampailah dkt pkl 5.20pg.. mandi.. dan keluar rumah untuk ke tempat kerja lak.. so sampai sekarang nie.. masa aku duk menaip nie dah nak pkl 10.38pg. ye aku tak tidur dari pkl 3pg tadi nie... takut krg time pkl 1 2 kang aku ngantuk giler..

Ok.. Settle membebel... Harapnya.. jemari aku mampu terus menaip kisah cinta seterusnya... dan aku pun harap.. ini penamat kisah cinta aku nie.. Udah penat mau fikirlah.. bukan apa nak flash back n ingat2 balik tuh ambik time juga kan...InsyAllah.. TCC.. u can do it babeh... Ahaks ;)

********************************************************************************************************************
(Kasi letak bintang buat borderline)

Sambungan sebelum ini

Tahun ke 3 1/2 di UKM.. Menghampiri penghujung tahun 90an..

Ketika ini aku berada di semester terakhir.. Semua subjek wajib fakulti dah aku ambil.. malah thesis tahun akhir pun dah settle.. aku masih ada 2 subjek luar fakulti yang perlu diambil.. itupun kelas 2 minggu sekali.. Walaupun belum habis pengajian sepenuhnya.. Aku dah mula dapat offer kerja.. dan seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini aku terima tawaran kerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di Kajang.. sebabnya dekat dengan rumah sewa aku dan pada masa yang sama.. jika aku perlu ke kelas untuk menghadiri kuliah.. aku boleh pergi bila-bila masa.. Alhamdullilah masa kerja ku juga terlalu fleksibel sebenarnya.. aku tidak perlu masuk kerja awal pagi.. cuma selalunya aku akan balik lewat malam kerana aku mengajar kelas part time diploma dan sijil di sebelah malam.. selalunya kelas akan habis pkl 10malam.. dan aku biasa akan sampai rumah pada pkl 11 malam (pesal lambat sampai.. biasalah sebelum balik umah singgah p makan dulu ).. Kerana tempat kerja dekat dengan rumah sewa di BBB aku takde masalah nak pergi dan balik kerja nie.. Paling utama kerja fleksibel.. hari aku takde kelas.. aku tak perlu pun datang kerja.. takde punch in atau out.. sekadar tulis kat buku jek pkl bape aku datang.. so aku enjoy lah mengajar pelajar-pelajar sijil dan diploma nie.. Diorg pun ramai yang lepasan SPM.. dan aku pulak lepasan uni.. muda juga ;)

Menghampiri 6 bulan bekerja.. aku akhirnya tamat pengajian.. aku selesai pengajian selama 3 1/2thn sahaja daripada program asal yang 4 tahun (Pada ketika ini batch kami boleh habiskan pengajian selama 3tahun jek.. tapi aku tak ikut geng2 yang lain pulun ambik subjek sampai takleh nak bawak.. aku take my time.. paling utama aku skor every semester.,. ramai kawan2 aku kantoi CGPA sebab bantai ambik banyak2 subjek sebab nak grad 3thn punya pasal).. Setelah selesa di tempat kerja baru.. environment baru.. pelajar-pelajar baru..  life pun rasa steady jek walaupun sekadar mengajar diploma & sijil jek.. Hubungan cinta aku dengan B masih macam dulu.. Kali ini kami dah mula merancang nak bersama di gerbang perkahwinan.. apatah lagi masa tuh aku dah habis belajar.. dah mula kerja.. dah mula rasa sesuai nak berumah tangga..

Entah macamana.. Pada satu malam... Kebetulan aku memang takde kelas malam tuh.. dan pulang awal ke rumah.. Ada panggilan telefon dari kampung.. Mak call aku... Dialog ye lebih kurang begini..

"Hello.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam.. Oh Mak"
"TCC.. Ko sihat ke?"
"Alhamdullilah sihat mak.. Mak sihat ke?"
"Mak sihat aje.. Ayah ko pun sama.. Mak call nie nak beritahu ko.."
Aku dah pelik masa nie... "Beritahu apa tuh mak"
"Nielah tadi.. Z call kampung.. dia cari ko.. katanya dia nak pindah kerja ke Johor.. dia sajalah nak tanya khabar ko.."
"Ok.. pastu mak"
"Apa lagi.. mak bagilah no telefon rumah sewa ko nie.. Mak rasa esok dia call ler ko tuh"
Masa nie aku dah terdiam.. sambil fikir laju-laju.. Apa mimpi mak aku bagi no telefon aku kat mamat tuh nie.. Alahai... Penat-penat jek dulu aku warning dia jangan cari aku.. itu kata hati aku.. tapi yang keluar dari mulut aku..
"Yelah Mak.. kalau dia call nanti TCC jawablah.. terima kasih mak beritahu"
"Ingat tuh.. mak dah bagi no telefon ko.. nanti esok dia call ko"
"Ok mak.. terima kasih.. Ok mak ye.."
"Ok.. Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam"

Lepas tuh aku menung panjang... tengah cuba nak compute dan proses data yang baru jek aku terima... Apa lah mimpi mak aku nie.. Bukan dia tak tahu aku ada pakwe dah... Nampak kan betapa gigihnya mak aku jadi match making aku hahaha... Sanggup beritahu aku pasal dia bagi no telefon umah sewa aku tuh.. Yang paling best siap cakap lagik.. 'Esok dia telefon ko' Alahai.. Masa nie aku sudah pening kepala... Di sana menunggu di sini menanti lah kisahnya..

So.. Hari yang ditunggu-tunggu.. Ye malam esoknya.. Memang dia call aku... Seperti yang aku sangkakan.. dia beritahu aku yang dia memang sengaja cari aku.. dan minta izin dengan mak aku untuk dapatkan no telefon rumah.. Alasan dia.. Dia merancang nak pindah kerja ke Pasir Gudang, Johor di bawah syarikat yang sama cuma berpindah cawangan jek..  Bukan apa sahajalah nak ucapkan selamat tinggal camtu kot-kot tak jumpa aku lagi ahaks.. wah ayat... sebenarnya lebih kurang kes cam nak bawa diri sebab cinta tak diterimalah.. tapi sebelum pergi haruslah bagi tahu dulu.. mana tahu kot ada rasa simpati atau kesian.. kot ada peluang lagi kan...(ini lebih kurang aku ye kesimpulan masa tuh.. hahaha)

Entah macamana.. sejak panggilan telefon malam itu.. kami kembali berbual mesra.. kali ini aku rasa aku berbual dengan dia lebih mesra daripada tahun-tahun sebelum ini.. Bukan dia tak pernah cuba mengayat atau berbual mesra di telefon.. tapi selalunya aku tak layan sangat.. Bila dengar sahaja ayat-ayat jiwang dia.. biasanya aku ambil jalan potong cakap dia dan berikan alasan aku sibuk agar segera dapat aku letakkan telefon.. Dahsyat kan aku hahaha... Aku brutal ok... nampak jek lembut.. kalau tak kena gaya memang kena sesah lah.. ;)

Tapi aku memang pelik.. selepas hari itu kami lebih kerap berbual di telefon.. hinggalah satu hari dia kata dia nak datang jumpa aku di BBB... katanya dia dah lama sangat tak jumpa aku dan nak ajak aku keluar makan..
Ye.. akhirnya aku setuju keluar makan dengan dia.. datanglah dengan kereta proton iswara aeroback berwarna merah.. Keluar makan sekitar BBB.. pertama kali tengok dia.. aku terkejut.. secara fizikal dia dah berubah sikit.. dah berisi.. sedap-sedap badan lah.. dan aku pun masa tuh lebih kurang.. Cuma aku masih ingat berkali-kali dia sebut pada aku.. Aku dah banyak berubah.. sikap aku dah berbeza berbanding yang dia kenal sejak kali terakhir dia jumpa aku masa aku tahun 1 di UKM.. ketika itu umur aku nak masuk 20tahun... Entah bagaimana kali ini.. aku lebih rasa selesa berbual dengan dia.. tidak ada lagi rasa janggal seperti mana aku rasa ketika di tahun 1 dulu.. Mungkin ketika itu aku masih terlalu muda dan tidak mampu berfikir secara rasional.. dan aku bertemu dengan dia kembali.. ketika usia aku 23 tahun.. dan dah mula ada karier sendiri..

Sebenarnya bila aku jumpa dia balik.. sebenarnya ketika itu aku dan B sedang merancang nak bertunang dalam masa 2 minggu sahaja lagi.. Aku tak sampai hati nak beritahu perkara itu pada dia.. walaupun dia call aku hampir setiap hari.. tidak sekali pun aku nyatakan aku bakal bertunang dalam masa terdekat.. Sebenarnya pada ketika itu.. hubungan aku dan B pun mula ada masalah.. mula bergaduh.. selisih faham.. lagi dekat nak bertunang lagi hebat kami gaduh.. ada jugalah sekali sekala.. terlepas aku luahkan masalah itu pada dia.. dan dia seperti mana yang aku kenal.. sentiasa ambil berat tentang aku.. dan berikan nasihat pada aku..

Entah macamana.. Aku beritahu dia yang aku akan pulang ke kampung.. Mulanya dia rasa pelik sebab kali ini aku ambil cuti untuk pulang ke kampung agak lama.. Sebenarnya aku pulang untuk bertunang... Aku tak berani nak beritahu dia yang aku akan bertunang.. nak dijadikan cerita.. sedang aku sibuk bersiap2 makeup untuk majlis bertunang.. Ada panggilan telefon di kampung.. Ada orang cari aku.. Dalam sibuk nak makeup tuh.. aku p jawab telefon tuh..
Dia: "TCC apa khabar?"
Aku : "Baik.. Alhamdullilah"
Dia: "Eh apa yang bunyi bising tuh.. macam  kenduri je"
Aku : "Ahah memang tengah kenduri kat rumah nie" (Nampak aku masih tak berani cakap kenduri tuh untuk aku bertunang..huhuhu)
Dia: "Majlis apa?"
Aku : "Doa selamat sikit" (Masa nie aku dah rasa serba salah.. sebab aku rasa aku tak berterus terang.. aku takut salah cakap dan takut nanti dia tahu dan rasa terluka lagi..)
Aku : "Ah oklah ye tak leh lama nak cakap ada benda nak buat nie"
Dia: "Ok.. takpelah maaf ganggu.. selamat kenduri ye"
Aku: "Terima kasih.. Assalamualaikum"
Dia: "Waalaikumsalam"

Selepas perbualan tuh aku kelam kabut kembali ke bilik aku untuk bersiap-siap.. hati aku dah tak tentu arah.. rasa macam ada yang tak kena.. dan aku mula berfikir balik.. 'Betul ke apa yang aku buat nie??' tapi kerna kesuntukan waktu aku tak layan sangat perasaan aku waktu itu.. Majlis pertunangan diteruskan dengan agak meriah.. Aku dan B ditunangkan akhirnya...

Selepas majlis pertunangan.. Aku kembali ke BBB.. dan mula kembali bekerja.. Dia masih setia lagi call aku setiap hari.. Hinggalah dia ajak aku keluar makan lagi.. Aku sebenarnya serba salah nak jumpa dia.. tapi aku akur dengan ajakan dia.. kami keluar... Masuk jek kereta.. dia tegur aku..
"Eh.. TCC pakai cincin baru ye"
Aku diam. Tunduk.. aku gengam tangan aku sendiri.. Aku tak jawab walau sepatah pun..
"Hari tuh yang balik kampung tuh.. majlis bertunang ye"
Aku diam lagi.. Aku pandang muka dia.. Tidak ada langsung riak sedih.. nampak dia senyum sengih ada lagik.. Marah pun tak.. Akhirnya aku jawab..
"Ahah.. balik hari tuh TCC bertunang"
"Dengan B ke"
"Ahah"
Dia diam.. Aku pun diam..

Kami terus ke gerai makan di BBB... Perbualan kami diteruskan dengan perkara-perkara lain.. Takde sedikit pun perkara aku dah bertunang itu menganggu mood dia.. Tak tahulah kalau dia berjaya sembunyikan dari aku.. Riaksi dia biasa-biasa sahaja.. macam takde apa-apa.. sedih pun tak.. marah pun tak.. kecewa pun tak.. Aku dah mula pelik...

Hubungan kami masih berterusan.. kami masih call dan berbual seperti biasa.. Kali ini perbualan aku dan dia menjadi lebih mesra.. tak tahu adakah sebab darah manis sebab baru lepas bertunang.. maka ini menjadi dugaan pada aku.. tapi nyatanya aku amat selesa dengan dia.. rasa seperti berbual dengan kawan baik.. Aku akui.. sepanjang 5 tahun aku bercinta dengan B.. aku dah lama tak rasa dilayan begitu baik sekali.. dilayan seolah seorang kawan baik yang penuh dengan rasa hormat dan ambil berat.. Mungkin kerana aku dah terlalu lama bercinta dengan B.. mungkin aku lupa bagaimana rasanya berkawan dengan lelaki lain.. Entahlah mungkin juga itu adalah dugaan bertunang pada aku..

Sebenarnya banyak peristiwa terjadi selepas majlis pertunangan aku itu.. banyak perkara yang terbongkar yang selama ini disembunyikan daripada aku.. Yang buat aku lebih sedih.. selepas 2minggu aku bertunang.. Aku dihubungi oleh seorang rakan baik sekampung dengan aku... katanya dia nak jumpa aku sangat-sangat sebab ada perkara yang nak dia sampaikan pada aku.. dan pertemuan dengan dia inilah membuatkan aku jadi lebih serba salah dan amat sedih sekali kerana akhirnya aku tahu letak duduk perasaan mak dan ayah aku tentang hubungan aku dan B..

Bila aku jumpa Imah (kwn sekg aku).. Dia beritahu aku.. yang mak aku pernah jumpa dia.. dan luahkan apa dia rasa tentang hubungan aku dan B.. dia cerita macam-macam dengan Imah.. Apa ayah aku rasa.. apa mak aku rasa.. sebenarnya mereka tak setuju sangat aku bertunang dengan B.. terutama ayah aku.. tapi dia terpaksa kerana mengikut kehendak aku.. dan mungkin juga sebab dia tak nak aku terluka.. dan mungkin juga dia tahu.. kedegilan dan keras kepala aku yang mana aku turut warisi daripada ayah.. tapi sebenarnya pertemuan aku dengan imah itu buat aku lebih sedih sebenarnya.. kerana kenapa semua itu tidak diberitahu pada aku lebih awal.. jika tidak pastinya aku tidak akan teruskan dengan majlis pertunangan itu... Aku amat sedih bila mendapat tahu mak dan ayah sebenarnya tidak suka dengan B.. dan mereka terpaksa terima semata-mata kerana ikutkan kata aku.. Aku rasa macam jadi anak derhaka.. aku rasa aku jadi anak yang tak mendengar kata.. walhal.. sebelum itu mak dan ayah aku langsung tidak pernah berterus terang dengan perasaan mereka dengan aku... Entahlah... mungkin mereka pernah cuba..  tapi mungkin sikap menolak atau keras kepala aku begitu ketara kot.. Maka mak ambil jalan dengan minta bantuan Imah untuk sampaikan hasrat hati dia... Selepas itu aku menangis habis-habisan.. Aku rasa kecewa sangat dengan semua terjadi.. Aku rasa sedih.. Ketika itulah.. aku rasa bagai.. diluah mati mak.. ditelan mati bapak... Nak berpatah balik aku tak boleh.. Nak teruskan aku rasa tak sampai hati.. Kepala aku semakin berserabut.. dan pada dia jugalah aku luahkan semua masalah aku itu..

Kebetulan.. Ketika itu hubungan aku dan B mula ada masalah.. kali ini pergaduhan dan pertengkaran kami sudah semakin teruk.. Selepas bertunang dia menjadi lebih agresif.. Kami pun sering bertekak.. dia panas baran.. aku juga panas baran.. masing-masing juga keras kepala.. Hampir setiap hari aku nenangis... adakala aku sedih sebab mengenangkan sikap panas baran B.. dan sikap cemburu dia yang semakin menjadi-jadi.. keluar dengan kawan perempuan pun.. kalau lambat sikit pasti aku kena marah.. kadang.. kalau keluar seorang pun dia mula syak bukan-bukan.. Ada kala aku sedih mengenangkan perasaan mak dan ayah aku pula.. Kesilapan aku memilih B menyebabkan aku buat hati mak dan ayah aku sedih...

Pada masa yang sama aku masih berhubungan dengan dia.. tapi aku dan dia amat jarang keluar bersama.. sekadar hanya berbual di telefon.. dia kini menjadi tempat aku mengadu.. Kadang aku segan nak cerita masalah aku... tapi banyak kali aku terkena.. Bila sahaja aku sedih lepas bergaduh atau kena marah dengan B.. atau aku tak tenteram dan susah hati.. Pastinya selepas itu.. Panggilan telefon untuk aku pasti akan sampai.. baik masa aku di rumah atau di pejabat.. Dia pasti akan tanya aku..
"Kenapa TCC menangis tadi nie.. Kenapa nie hati tak tenteram nie.. beritahu abang.. sebab B kan.."

Dan aku pasti akan terkejut.. sebab memang ketika itu aku sedang menangis atau aku memang sedang susah hati sangat-sangat... Mungkin jugalah sebab itu aku sedikit sebanyak mula suka pada dia.. sebab sikap dia ambil berat buat aku jatuh hati.. Ye kadangkala tidak mudah nak temui orang yang mampu memahami keadaan kita dikala kita susah.. dan tidak semua kawan-kawan dapat menyelami atau perasan bila kita sedih.. tapi mengenali dia.. Aku ketika itu seolah-olah disedarkan.. bahawa aku bukan sekadar punya B.. aku juga ada dia.. Kenapa selama ini aku tidak pernah nampak kebaikan hati dia.. Kenapa aku tidak nampak sikap dia yang seperti ini...

Suatu petang.. Kebetulan hari itu hari jadi rakan serumah aku.. Aku dah janji dengan rakan serumah yang aku akan belikan kek di pekan Kajang bila balik dari kerja nanti.. kebetulan hari itu B janji nak ambil aku dari tempat kerja.. Aku nyatakan yang aku tidak dapat keluar bersama B malam itu sebab rakan serumah nak celebrate betday di rumah.. Seperti yang dijanjikan, B datang ambil aku lepas kerja.. dan temankan aku ke kedai kek.. Aku beli kek dan minta B hantar aku pulang ke rumah... Ketika itu aku tinggal di tingkat 2 jenis rumah flat.. selepas menghantar aku naik ke rumah.. Aku lihat B terus berlalu pergi..

Sebenarnya sebelum aku keluar dari tempat kerja.. aku terima panggilan mengejut dari dia.. katanya dia sedang dalam perjalanan ke rumah sewa aku.. ketika itu aku terkejut sangat-sangat sebab tidak menyangka yang dia nak datang jumpa aku.. katanya dia risau dengar aku sering menangis dalam telefon.. dia nak datang juga lihat keadaan aku.. dan lepas tuh balik lah..

Tak lama lepas B menghantar aku pulang.. Aku bawa kek naik atas rumah tingkat 2.. celebrate betday kawan aku.. tak lama dalam 30min.. Aku terima call dari dia.. katanya dia dah sampai di bawah rumah.. Aku serba salah ketika itu.. Tapi mengenangkan dia datang dari jauh naik motor jek.. Apatah lagi pesanan dia pada aku "Minta tolong bawa kan air masak segelas boleh tak?" Buatkan aku jadi lebih kesian.. Aku pun turunlah ke bawah rumah flat tuh.. dengan membawa segelas air masak dan sepotong kek betday tadi...

Aku lihat muka dia letih sangat.. yelah menaiki motor dari pelabuhan klang ke BBB tentunya amat melelahkan dan memenatkan.. Aku kesian tengok dia.. sebab aku dia sanggup datang jauh-jauh.. tapi pada masa yang sama aku serba salah.. sebab aku tahu status aku tunangan orang... Kami sempat berbual-bual sebentar.. ketika itu aku duduk di tepi flat dan dia pula duduk di motornya..

Tiba-tiba... Ada sesuatu dibalingkan pada aku.. Ia terkena lengan baju aku... Aku pandang ke bawah.. Aku lihat seperti beg kecil berwarna kelabu bercorak batik... Aku terkejut.. sebab aku kenal beg itu.. Beg itu kepunyaan B... Hati aku dah serba salah.. kepala aku dah mula laju berfikir... B?? B?? Dia ada kat sini?? Aku mula berdiri sambil mata aku mula melilau memandang sekeliling...

Bersambung.............

P/s Alahai... Rasa boleh nak habiskan cerita nie.. tapi nampak gayanya kena sambunglah.. nak berhenti rehat sebab dah tengahari... Maaf ye.... kan aku dah cakap awal-awal kan.. cerita cinta aku memang panjang.. Bak kata Tiny.. memang boleh buat novel.. buat drama swasta pun boleh kan hahahaha...

Will continue later k.. Aku rasa aku sambung isnin.. lepas cuti hujung minggu... ;)
Selamat berhujung minggu ye... (Nak aku sambung ke????.. please tell me.. idak aku biarkan korang dlm misteri jek..)

Thursday 21 July 2011

Bila tukang cuci sambung bercinta..

Salam Khamis..

Wahhhh... hari nie pakat terkejut tengok komen banyak sungguh..banyak?? takat 10 jek pun banyak? Pada aku kalau lebih dari 2 tuh dah banyak lah hahahaha.. kira adil lah sebab follower pun takat 5 org jek sebelum nie.. Terima kasih yg baru add.. hari nie jadi 6 pulak ;)

Hebat sangat ke kisah cinta nie.. sampai wos pun berdebar2.. aku dah risau nanti dia buat letak tangan kat dada.. mata memandang kat atas.. dah sudah.. kot dia tak gerak2.. sebab kena kawal nafas sebab debaran yg maha kuat.. aku juga dipersalahkan.. hehehe... ok ok.. wos.. akak sambung lah.. tapi nie nak bagitau awal2 kalau akak tetiba rasa nak berhenti dan 'to be continue' lagik.. akak akan buat... ilham dan idea takleh dipaksa-paksa kalau tak nak keluar ok...

Ok sebelum aku sambung, aku flash back balik apa yang aku dah cerita semalam.. bila fikir-fikir balik.. aku rasa 1st time dia datang raya kat umah mak.. bukan masa aku matrik tahun 1.. tapi masa aku form 3.. tapi strictly datang raya... dan sejak dari umur aku 15tahun tuh.. sampailah skrg nie dah kwin ngan aku.. dia masih datang raya umah mak aku lah (yelah dah kwin ngan aku kan.. mesti lah kena raya umah mak aku...) kira dia nie peminat tegar lah kiranya... tapi biasalah aku.. walaupun kesetiaannya begitu utuh.. cinta tak boleh dipaksa kan.. lagipun sepanjang zaman sekolah dari form 1-5.. dia tak pernah sekali pun.. sekali punnnnnnnnnn.. meluahkan rasa cintanya pada aku.. so mana aku tahu... adalah bagi hint2.. tapi aku jenis bagi hint2 nie malas nak layan.. lagik pun aku zaman sekolah dari form 3-5.. sungguh glemer... sungguh famous  hahahaha... perasan!!! up diri sikit ;) yang nak berkenalan cukup ramai.. dulu ler.. tapi sebab aku ada prinsip.. tak suka bercinta satu sekolah.. atau satu kelas.. so sepanjang aku form 1-5 memang aku takde bercinta dengan mana-mana budak lelaki satu sekolah dengan aku.. tapi bercinta lain sekolah ;) Lagi satu aku suspek sebab dia pernah kena sound dengan ayah aku.. aku suspek.. sebab itu dia tak berani nak kacau aku masa form 3-5 tuh.. takut kena marah lagik.. hehehehe cian dia kan.. kalau dia ngayat aku masa nie.. maybe kot.. maybe kot.. aku boleh jatuh sayang atau cinta dengan dia...

Ok sambung.. sambung.. ini dah melalut flashback cite lain pulak.. sambung dari cerita ini

********************************************************************************************

Masuk UKM di pertengahan tahun 90an.. (aku masih muda juga ye)

Masih aku ingat minggu orentasi di UKM.. dekat2 nak penghujung minggu orentasi tuh.. tah camna.. dia boleh muncul lagik kat kamsis B tempat tinggal aku (tahun 1 masa tuh semua duk dalam.. duk asrama.. dan kalau siapa study kat UKM tau ler. asrama semua panggil kamsis (kampus siswa namanya)).. Dia nie bab-bab datang terkejut2 memang expert... tah camna dia tau dimana aku berada pun aku muskil lah.. yang best tuh.. dia datang gamble jek.. tapi dia bernasib baik memang jumpa aku.. Aku memang terkejut lah.. sekali lagi terkejut.. sebab kali nie dia cam lebih serius... Masa aku jumpa dia di UKM.. masa nie bahasa dia pun dah mula bunga-bunga indah.. dan lebih daring.. dia sudah buka topik kahwin.. dan masuk meminang... huhuhu.. aku baru nak start hidup belajar kat universiti.. sudah nak kena pinang ke???

Malang lagik... pada masa yang sama aku sudah ada org lain (aku gelar B).. ini aku ada cite kat entri sebelum nie.. B nie abg pada kawan aku sama tuition dulu.. kami kira cam serius lah.. masa tuh dah 1 thn couple sebab aku serius masa aku tahun 2 matrik kat kuala pilah.. so bila aku masuk ke UKM tahun depan ye.. of course ler.. hubungan tuh masih berterusan kan.. dan dalam kepala masa tuh.. takde fikir pulak nak cari lelaki lain.. sebab ada yang steady.. tapi bila dia kembali muncul dalam hidup aku.. aku jadi serba salah.. masa tuh.. Hampir setiap minggu aku keluar dengan dia.. yang lebih serabutkan kepala aku.. pada masa yang sama juga aku masih keluar dengan B tuh.. Huahhhhhhhhhhhhhhhh... hidup aku tak tentu arah... Pernah kes.. pagi keluar dating ngan dia... petang dating ngan B... bila kena dekat 2 minggu buat kerja tuh aku akhirnya fikir.... sampai bila aku nak main tarik tali camnie.. dan aku kena buat pilihan....

Puas fikir.. aku decide... aku pilih B.. sebab masa tuh kiranya aku masih sayang kat B.. so pada dia tuh.. aku tulis surat panjang... beritahu yang aku terpaksa tolak dia.. sebabnya aku memang takde  perasaan dengan dia.. sungguh.. waktu itu kalau aku flashback balik.. aku masih merasakan hingga kini perasaan tak de apa-apa tuh.. cinta tak boleh dipaksa... memang waktu itu aku pernah cuba untuk sayang dia.. tapi aku tak mampu tipu hati aku... aku cuba dan cuba untuk terima dia dalam hidup aku.. tapi sayangnya.. memang tak boleh...

Masa duk kat kamsis B.. kat blok asrama aku tuh ada public phone yang boleh di call dari luar.. kiranya sesiapa yang dengar deringan phone tuh akan angkat dan akan panggil lah budak yang namanya dipanggil tuh.. so pernahlah dia nie call aku dari public phone tuh (zaman nie mana de handphone bagai nie).. Masa tuh aku explain pasal hati aku kat dia.. dan pasal surat tuh.. Aku dengar suara dia kecewa dan hampir menangis bila aku cakap aku tak boleh terima dia... aku sayangkan orang lain... tapi bila aku fikir-fikir balik.. kejam sungguh aku kan.. tapi.. seperti aku cakaplah... cinta tak boleh dipaksa... sayang dan kasih kalau tidak ada.. mana mungkin boleh kita paksa2 untuk diberi pada seseorang... Masa tuh aku siap beritahu dia yang aku akan pindah asrama dan duduk tempat lain.. dan minta dia supaya tak cari aku lagi di UKM (kira cam amaran ler gitu...dahsyat kan aku.. brutal ya amat.. hahahaa) walhal sebenarnya aku tak pindah pun.. selama 3tahun aku kat UKM.. kat kamsis yang samalah aku duduk..

Ye... cinta yang baru nak berputik pada dia.. terus kena reject... Aku sebenarnya tak boleh nak bayangkan camna dia tanggung rasa kecewa dia tuh.. Dan aku pulak.. continue dengan happy dengan B tuh.. walhal kalau nak ikutkan usia perkenalan aku.. aku kenal dia tuh lagik lama.. B tuh aku kenal masa aku form 5.. tapi serius masa aku matrik thn 2.. 2 thn lepas aku kenal.. (ini pun satu lagik kisah cinta tragedi gak pada aku.. lain kali story)

Masuk tahun 2.. seperti tahun-tahun sebelum nie.. setiap kali malam raya... Dia mesti akan call aku kat kampung.. beri ucapan selamat hari raya.. dan seminggu lepas tuh.. tup2.. mesti singgah datang raya rumah mak aku.. Nah... dahsyat kan.. walaupun kena reject.. dia masih tetap datang raya.. agaknya dia tahu kot.. kalau datang raya takkan aku nak halau lak.. hahahaha (bijak2 punya strategi).. Cuma yang buat aku lebih terkejut (dia mmg suka sangat buat aku terkejut tiap kali datang jumpa aku lerr).. lepas jek aku hidang air dan suh dia makan kuih raya.. dia terus cakap dengan aku.. sampai sekarang aku ingat dialog dia...

"Abang datang nie ada hajat sebenarnya.."
"Hajat apa?" Aku tanya dengan selamba..
"Abang nak jumpa mak dan ayah TCC"
"Nak buat apa jumpa nie?" Aku tanya lagi
"Abang nak cakap dengan mereka.. yang abang nak masuk meminang" Dia pandang muka aku dengan serius..

Waktu ini aku pandang muka dia dengan riak yang amat terkejut.. Aku masih ingat aku tutup muka aku.. berkerut seribu... aku tarik nafas dalam-dalam.. dan mula susun ayat aku..
"Abang.. Tolonglah... I dah pernah cakap kan.. I ada orang lain.. I memang serius dengan dia.. tak pernah lagi terlintas di hati nie nak kawin dengan orang lain.. Tolonglah.. tolonglah faham keadaan I"
Aku sambung lagi.. "Lagi pun.. I masih belajar lagi.. masih ada 2thn lagi nak habis study kat UKM.. belum sedia lagi nak kawin.. Tolonglah lupakan sahaja niat abang tuh.." Masa nie aku dah tahan sebak dah.. Nak pandang muka dia pun aku tak sanggup...

Waktu ini aku tengok mata dia merah.. aku tahu dia tahan sebak hati dia.. aku tahu dia sedih sangat sebab aku tetap tolak dia seperti mana tahun lepas.. Aku tahu dia jujur dan ikhlas dengan aku.. Aku tahu niat dia baik.. tapi seperti mana aku cakap tadi.. cinta tak boleh dipaksa... Aku telah buat keputusan aku.. Akhirnya dia jumpa juga mak dan ayah aku.. salam cam biasa jek.. ucap selamat hari raya dan berlalu dengan hati yang kecewa lagi... Aku pulak masa tuh rasa sayu ya amat.. tapi aku benar-benar tak boleh nak terima dia begitu jek... Entahlah... Aku ulang balik lah ayat nie... Cinta tak boleh dipaksa.. ke aku yg kena paksa gak??? huhuhu (Dah sedih?? wos dah nak nangis ke?? ahaks... mmg saje bg antiklimaks)

Selepas insiden dia datang ke rumah tuh.. aku takde ambik pot sangat pasal dia.. tapi yang buat aku terus ingat beberapa bulan tak silap aku selepas itu.. Masa tuh aku cuti semester kat kampung... dalam pada aku berjalan nak naik tangga ke bilik aku.. rumah mak aku rumah kampung.. dapur kat bawah.. ruang tamu dan bilik aku kat atas... Mak tetiba ada bercakap dengan aku... Tah dari mana datang angin ribut dia.. dia sound aku.. sampai sekarang pun aku masih ingat lagik...
"TCC.. Kalau si Z tuh.. Mak berkenan sangat-sangatlah.. Orangnya baik.. hormat orang tua.."

Aku termenung sat bila dengar statement tuh.. dari nak naik tangga aku terhenti sekejap.. Aku menung fikir.. Mak aku bukan tak tahu yang aku sudah ada B.. dan dia memang kenal B sebab B tuh memang pernah jumpa mak dan ayah aku.. Tapi sebenarnya aku tahu juga.. Mak dan ayah aku sebenarnya macam tak suka sangat B tuh.. sebab tak suka tak jelas sangat.. cuma waktu itu aku takdelah tanya sangat.. maklumlah jiwa bercinta.. jiwa muda... dah mabuk cinta.. dah sayang takleh nak cakap apa dah kan.. lagi pulak masa tuh dah nak masuk 3 thn kami bercinta.. tup-tup mak aku boleh keluarkan statement camtu.. memanglah pedih hulu hati dan menusuk ke kalbu... Waktu itu aku tak terfikir langsung pasal dia tuh... langsung tidak.. dia kat mana pun aku tak tahu.. buat apa pun aku tak tahu.. apatah lagi nak cari dia.. dan nak jatuh cinta pulak dengan dia.. ohhh tidakkk.. tidak sesama sekali... (yelah akhirnya aku akur juga.. doa mak memang mustajab kan.. apa dia sebut.. memang selalunya terjadi.. dan ia memang terjadi dalam kisah cinta aku..)

Ok.. Lepas tuh aku pun masuk tahun 3... masih couple dengan B dan pada masa yang sama juga sibuk dengan thesis tahun akhir.. dan mula berjinak2 cari kerja... Masa nie aku dah keluar dari tinggal di Kamsis B dan tinggal menyewa bersama rakan-rakan di fasa 2 BBB. Alhamdullilah rezeki aku murah.. belum habis study lagik.. aku dah dapat 2 offer kerja... 1 di KL dan 1 lagi di Kajang... 1 tuh kira pangkat eksekutif.. dan 1 pangkat tenaga pengajar sijil & diploma  tapi dekat sangat dengan tempat aku tinggal.. So aku terima kerja 2.. Masa tuh kolej tuh baru sangat dibuka.. kira aku antara pensyarah awal kat situ... Masa nie hubungan aku dengan B dah nak masuk 5 tahun...

Entah macamana... pada suatu malam.. aku dapat panggilan telefon dari mak di kampung... Panggilan inilah yang merubah perjalanan kisah cinta aku seterusnya....

Ye aku kena sambung entri lain... sebab cerita ini memang panjang dan lebih sadis... ahaks....
(Tengah fikir nak sambung ke idak ekk?? Bagi aku sambung cari ilham.. Ada yang rasa tercabar?? Janganlah dik... Kisah cinta ini biasa-biasa aje)

Madah pujangga untuk hari ini ye ;)

P/s Aku kena stop sebab nak beri laluan pada study aku pulak.. Hari nie nak sambung baca jurnal lain pulak... now aku dah masuk bidang lain pulak... Officially.. dekat 5thn nie.. aku dah belajar 4 bidang ilmu yang amat besar.... 4 jenis jurnal paper dah aku baca..Ya Allah.. berikan kekuatan padaku untuk aku serap semua ilmu yang Kau persembahkan untuk aku kaji... kadangkala aku rasa tidak cukup kuat.. tapi seperti kata kawan baik aku... "Menuntut ilmu itukan hukumnya wajib.. teruskan jelah" InsyAllah..

Esok lusa ke aku sambung ekk... InsyAllah... Till then take care ;)

Bila tukang cuci bercinta..

Sebenarnya aku telah diarahkan oleh si wos untuk menulis kisah cinta aku.. kendian.. tuan punya blog (kueh bakar) yang buat contest singgah blog pulak suh join.. kesian lak.. Ada hasrat nak tulis.. tapi aku dalam dilema.. sebab ye.. aku sebenarnya benda2 peribadi suka tulis kat sini lagik.. Blog satu lagi tuh glemer sangat... susahlah sebab yang datang visit tuh macam-macam orang dan pelbagai genap kawan-kawan.. I seganlah nak cerita kisah cinta.. sebenarnya pernah diceritakan suatu ketika dulu.. tapi aku malas nak search entri..

So aku decide.. Aku tulis kat sini jelah dengan bahasa selamba aku.. dan sebab aku tahu tak ramai orang tau blog nie.. hahahaha... yelah lepas tuh kalau orang tau.. abis aku... takpe.. setakat kwn blog yang datang singgah aku ok lagik... tapi kalau dah kawan zaman sekolah rendah.. kawan sekampung.. kawan sama kerja.. kawan duk sini.. kawan pada kawan pada kawan pun datang baca.. aku terus jadi pemalu....

Kisah cinta aku sebenarnya takdelah best sangat... cuma laluannya agak panjang sikit..

Sekitar dekat2 hujung tahun 80an.. (Ye aku masih muda)

Aku masuk sekolah menengah... umur baru nak masuk 13tahun.. masih muda kecik molek.. kena duduk asrama kat sekolah tuh.. Aku tak suka berpisah dengan mak ayah.. tapi terpaksa.. Masuk form 1.. dengan ajakan kawan-kawan aku join masuk persatuan seni silat gayung.. kira masa tuh kawan-kawan aku masa tuh cam perintis gak lah.. Masa tuh masa meeting persatuan.. Presiden yang dilantik adalah sorang abang nie... dia form 6 (lower).. pastu entah camna.. aku kena lantik pulak jadi setiausaha... sejak itu bermulalah episod selalu jumpa dia minta sign buku report.. gaya ala-ala malu jek tiap kali nak jumpa... Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... aku takdelah jatuh hati ke apa.. masa tuh rasa biasa-biasa aje.. Abg itu memang hensem.. bulu mata lentik.. rambut ramos.. badan pun tough gitu.. cakap pun lembut jek.. nak-nak pulak abg form 6... mesti rasa gerun segan bila dapat kenal masa usia baru 13tahun... hahahaha... dan tapi lagikkkkkkkkkkkkkkkk.... sebab aku takde jatuh cinta atau suka kat dia.. sebab kawan-kawan aku ada 2 3 orang yang duk suka kat abg nie.. siap pakat kalau time aku nak p jumpa abg nie hantar buku report.. dia pun pakat nak teman aku bagai... Masih aku ingat dialog sorg kawan aku nie... 'Aku sukalah tengok abang tuh.. bulu mata dia lentik jek.. mata dia mengoda' awwwwwwwwwww..... aku rasa nak muntah dalam hati masa tuh... hahahaha... suka hati ko.. lah.. ko yang angau... Satu lagi sebab aku cam biasa-biasa ngan abang tuh.. sebab aku pernah nampak dia dating lepas sekolah... yelah form 6 kan kelas pagi.. form 1 kan kelas petang... so masa petang nak masuk kelas nie.. aku lalu depan kelas abg nie.. nampak dia tengah dating dengan sorang akak nie.. yang aku budget adalah akak form 6 juga.. aku syak 1 kelas... Punah harapan nak mengorat??? Nan adolah.. sebab memang dari awal aku takde perasaan ngan abang tuh.. Takat layan sebab kawan.. dan sebab tugas sebagai setiausaha jek.. cewahhhh.... Tapi apa abg tuh rasa pada aku.. itu aku tak tahu.. (namun akhirnya aku dapat tau gak lepas 10 tahun kot hahaha)

So bila naik form 2... ada pertandingan silat.. aku tak join.. tapi kami kena buat persembahan bunga silat kat 1 sekolah nie.. kawan2 semua p... so aku pun p join.. abg nie pun masuk bertanding silat tuh... masih ingatlah pernah bagi sokongan kat abang nie masa dia sparing tuh.. memang serius giler muka abg nie.. dia memang tak banyak cakap pun.. kalau jumpa aku pun cakap sepatah dua jek..

Ok lepas form 2.. abang tuh dah tak sekolah situ sebab dah abiskan.. dah ambik STPM.. dah aku pulak sibuk nak SRP.. dia pernah kot rasanya call aku... aku tak ingat sangat masa aku form 3 atau form 4... tapi yang aku masih ingat.. masa aku jawab call tuh dari dia.. ayah aku ada... ayah aku terus minta phone tuh.. dia sound mamat tuh sebab call aku... kira cam marah ler sebab ganggu aku hahahaha... satu-satunya lelaki yang ayah aku pernah marah dalam phone masa aku sekolah.. Ye ayah aku marah2... tapi yang budak lelaki dia marah2 tuh lah jadi menantu kesayangan dia hehehehe.... (aku tak pasti pakwe aku ingat tak kes kena marah nie?? dan ayah aku ingat tak?? kalau tanya kan.. leh aku pulangkan paku keras kat ayah aku dan pakwe aku.. 'Tuhlah dulu ayah marah-marah budak lelaki yang tepon.. kan skrg dah jadi menantu ayah...' (ahaks.. kalau aku cakap cenggini ngan ayah aku.. mahu kena jeling tajam hahaha)

Oh ya... aku masa form 1-2 jek duk asrama... naik form 3 aku buat dajal bagi tak diterima duk asrama dengan sembunyikan borang duk asrama hahahaha.. so form 3-5 aku duk kampung dan berulang p sekolah ngan ayah aku setiap hari selama 3 tahun tuh... (ini antara kenangan terindah aku zaman sekolah)

Sepanjang aku form 3-5 nie.. kami masih berkawan.. dia call sekali sekala.. tapi jarang2 sangat.. selalunya malam raya dia pasti akan call tanya khabar... takpernah miss call..

Dia pernah datang ke rumah mak di kampung masa raya.. tapi aku tak ingat detail dia masa aku di sekolah atau aku dah masuk matrik.. tapi aku rasa dia datang masa aku dah matrik thn 1 di KL masa tuh.. sebab masa tuh adik bongsu aku masih setahun camtu.. yang paling buat aku ingat sebab dia bagi adik aku duit raya RM50.. sampai mak aku pun terkejut.. wahhhh budget lumayan jek... ke budget nak ngorat dan ambil hati mak aku... ye aku tahu... masa tuh hati mak aku cam dah tertawan jek hahahaha... tapi biasalah anak dia masih rasa biasa-biasa jek.. takde perasaan ok...

Masuk matrik tahun 2 di Kuala Pilah.. masa tuh aku ingat lagik dah hujung2 tahun camtu.. hari minggu.. dia boleh datang melawat aku kat pusat matrik tempat study aku.. camna dia boleh lepas datang buat lawatan pun aku tak tahu.. pak guard siap bagi lepas lagik... yang paling best.. masa tuh aku kat library tengah study.. tetiba ada sorang akak nie buat annoucement nama aku... katanya ada pelawat nak jumpa... Keluar-keluar library aku terkejut.. sebab tengok muka dia... memang terkejut giler sungguh.. dia boleh cari aku sampai ke kuala pilah... aku panik giler masa tuh... bawak dia p kantin sekolah... order mee goreng dan air.. sembang2 kejap.. muka aku masih terkejut giler masa tuh hahahaha.... aku memang terkejut sangat2... dia sungguh berani tau... lagi satu pun aku rasa serba salah sebab masa itu aku sudah ada pakwe (kawan-kawan aku masa tuh budget semua kenal pakwe aku tuh sebab selalu datang lawat aku...) Masa tuh memang risau sangat kantoi... tapi aku layan cam biasalah.. sembang-sembang.. dan akhirnya aku hantar dia balik sampai pintu gate depan pusat matrik tuh lah... Kira masa tuh cam mulalah detik perkenalan serius kami.. tapi masalah.. aku masih takde perasaan pada dia.. sebab aku sudah ada org lain.. (ada mula rasa syahdu dak??)

Nanti aku sambung kisah bila aku masuk UKM... perkenalan kami jadi lebih serius...

(ok camna cerita aku.. ada best tak????? kalau best aku nak sambung... tak best aku budget nak berhenti takat nie jek....)

Wos dan Tiny sila ambil perhatian cite aku nie ok... (wos aku tunaikan hasrat ko.. cian terbayang2 ko nangis bentak2 minta aku buat cite nie...)

Untuk tuan punya kontes kueh bakar... Agak2 ada puas hati dak?? Mukadimah ok??? cite pengenalan ok?? ada syahdu.. gembira.. suspen?? Kalau agak2 tak best aku mahu berhenti jelah tak moh sambung camtu..

Tuesday 19 July 2011

Kerja dan kerja lagi

Salam Selasa..

Alhamdullilah.. semalam cuti.. jumaat sebelum itu pun cuti.. cuti umum buat kami di sini.. Hari nie kerja kena cover kerja org lagik.. emmm.. dah rutin kan.. nak buat camna.. Kawan aku tuh cuti lagik.. kali nie cuti seminggu pulak.. dia nie kerap juga cutinya dan kerap juga aku tukang cover kerja dia.. tapi tak kisah sebab department dia tuh dah berpuluh kali aku cover.. dah faham sangat benda2 yang kena buat.. dan banyak juga gbr2 yang aku ambil (gbr landscape atau architecture bgnan).. masa aku p kerja kat department dia..

Badan dah mula rasa seram sejuk.. kejap rasa nak demam.. kejap rasa tak.. dan aku pun mula berpuasa khamis lepas.. Hari nie sambung semula ada sikit lagi baki puasa ganti aku.. InsyAllah selesai dalam minggu nie.. sebelum puasa bermula..

Nie batuk dah mula.. tapi batuk2 ala-ala aku nak kena asma.. ohh tidak.. aku rasa kali nie aku kena alergik panas.. skrg nie kalau berpeluh jek mesti badan aku gatal2.. aku suspek aku kena alergik nie.. semalam makan ikan kat umah kwn aku.. aku ye hidung dah semacam.. pastu dah mula rasa cam nak kena asma.. ohh tidak.. camna nak balik mesia nie.. kalau berpeluh camno??? Mungkin kalau berpeluh tahap gaban tuh ok kot.. nie jenis peluh sikit2 yg main kejap2.. mungkin sebab tuh bdn aku alergik sebab sini panas kering kan.. mesia kan panas lembap..

A scone and a cup of coffee..
Ada party (jumaat lepas) untuk boss yg nak retired hjg bln nie..
Dah 3 thn kerja..
Inilah 1st time diorg buat grand party untuk semua geng2 cleaner nie..
Memang best ;)

p/s Jangan nak lelebih tenung gbr nie..
Aku pose nie..
Peringatan untuk diri sendirik

Thursday 14 July 2011

Aku tahu aku cute..

Cute kan..
Macam tuan dia gak..
Cer bayangkan aku yang duk kat kusi tuh menghempas pulas kepala otak aku buat keje..
Kedua-dua hadiah dari kawan sama bilik nie..
Sorang bg teddybear.. bkn main besar..
2 tahun lepas dia bg teddy bear kecik yang kat sebelah kiri meja aku tuh..
Tahun nie mimpi apa tah dia bg teddybear lagik..
Besar lak tuh..
Beg tuh kwn aku sorg lg bagi..
 Apa pun aku syukur sebab ada kwn2 yg baik camnie..
Friends forever ;)

Lepas nie kalau aku nak landing kepala aku tido
Perut teddybear nie jadi mangsa kepala aku lah..

P/s Aku tau meja study aku kemas kan kan kan.. ;)

Mahu senyum2 saja..

Alhamdullilah.. Hari ini datang lagi.. sebelum nie duk tunggu2 juga.. Tertanya2 kot kalau ada apa-apa yang istimewa pada hari nie.. As far that I know sampai waktu nie.. biasa2 aje.. tiada yang terlalu istimewa.. dan juga tiada yang tak istimewa.. just as I aspected it to be..

Nie baru balik lunch date dengan kawan baik aku... Makan di restoran India di city centre.. makan buffet sampai tak larat dah.. 2 pinggan makan starter & main course perut aku dah tak leh isi.. lagipun buffet kat sini bkn cam kat mesia yg meriah macam-macam.. pusing2 tengok pun takat makan kari... kurma.. segala mak nenek rempah kari india jek.. starter pun takat kentang goreng.. pakora.. salad gitu2 jek.. dah berpuluh kali rasanya p makan kat kedai tuh celebrate macam2 ocasion..

Ontway balik dari lunch tuh.. aku rasa mamai semacam.. nak kata kenyang sangat.. taklah tapi rasa cam mamai2 jek.. berjalan pun rasa melayang2.. bukan aku sorang jek tapi kwn aku pun.. sahhhh... aku suspek mesti penangan kas-kas nie.. biasakan dgr kalau org india masak kari suka letak benda nie.. kekonon nak bg power dan sedap kari diorg.. tapi kena pada aku.. bkn lagi power nak makan.. tapi lagi power nak tido... singgah kedai beli energy drink.. barulah rasa mata nie segar bugar sikit... itupun rasa mengantuk masih ada sikit2..

Nak kata mengantuk sebab tak cukup tido pun ada kebarangkaliannya.. sebab aku hanya tido 2 jam jek pagi tadi.. tapi.. bila kawan aku pun rasa benda yang sama.. so suspicion aku benarlah something wrong in thje food... dah berangan kejap tadi mau saman itu kedai hahaha.. kot leh buat tambang atau duit shopping pun dah best ;)

Kini menghampiri ke pkl 5 petang.. kalau waktu mesia.. maknanya dah menginjak ke tarikh baru dan hampir pkl 12malam.. tapi di sini aku masih petang.. maghrib pun lambat lagik pkl 10malam... Oh ya aku berazam nak puasa esok.. Tengoklah kalau aku larat.. pjg masa berpuasa.. sahur pkl 2 pg.. dan buka pkl 10malam... InsyAllah..

Flowers from him..
Dalam demam2 pun sanggup keluar malam-malam p beli bunga nie..

Tuesday 12 July 2011

Sibuk, travel, letih, emosi etcs..

Salam Selasa

Lama sungguh aku menyepikan diri kan.. Ada yang rindukan aku?? Ada?? Ada??

Perasan ler tuh.. takat 5 orang follower pun nak kecoh kan?? Tak kisahlah walaupun 5 orang.. aku tetap hargai korang yang sudi singgah..

Alhamdullilah... semua urusan yang aku lalui sejak 2 minggu yang lalu kini.. dah selesai.. kawan yang datang bertandang selama 2 minggu pun dah pulang ke tanahair ahad lepas.. Semalam petang dia dah sms beritahu yang dah sampai ke mesia menghampiri pkl 12 tgh malam waktu mesia..

Episod menyaksikan mereka berkonvo (suami dulu.. pastu isteri dia pulak).. episod jalan2 p buat passport baru sebab dah nak expired bln 11 nie.. idak camna aku nak terbang balik hjg tahun nie.. jalan2 travel ke belah selatan.. sambil cuci mata.. sambil membocorkan poket.. kemudian balik semula ke sini.. melayan pula hari konvo kawan baik (si isteri).. Kena masak kari kambing 5kg pulak malam tuh... sabtu sepanjang hari melepak rumah kawan baik sorang lagik sebab dia hantar pulang barang2 naik kontena.. dekat pkl 11.30malam baru aku balik..

Ahad.. kwn aku tuh pulak balik.. hantar ke airport.. petang nya pulak.. rumah aku jadi rumah tukang urut pulak.. 6 keluarga melepak hingga ke pkl 10malam.. sebab pakcik yang tukang urut (ayah pada salah seorang budak bujang yg datang untuk konvo) tuh mengurut kawan-kawan aku..

Semalam barulah rumah jadi sunyi sepi.. itupun barang2 di dapur masih bersepah.. aku larat kemas sikit2 jek mana yang larat.. Pakwe pulak demam.. tak tahulah.. penangan tukang urut atau sememangnya sebab kami memang penat sangat sebab balik dari travel tuh langsung tak berkesempatan berehat.. hampir 2 minggu time tidur aku semua pkl 12 malam ke atas..

Hari nie rasa macam badan dah ok sikit.. tapi aku kena balik awal sebab nak tengok pakwe yang demam kat rumah.. kesian pulak sebab dia jarang sakit.. tapi sekali sakit memang teruk.. Ke dia saje jek demam sebab nak bg aku suprised nie.. ;)

Kerja macam biasa.. Back to normal.. so far so good takdelah teruk sangat.. tahap kebersihan masih ok walaupun bukan aku yang bersihkan seminggu yang lepas.. Cuma biasalah sebab dah cuti seminggu.. nak mula kerja balik pun macam pelan jek.. buat kerja pun ala-ala malas ngantuk jek..

Maybe minggu depan fully pickup kot.. dan aku pun mula nak plan puasa untuk get ready badan berpuasa masa musim summer nie.. subuh pkl 2.30pg.. maghrib pkl 10.05malam... sanggup??? Kenalah sanggupkan diri.. InsyAllah.. puasa itu mengajar kita bersabar dan tahan diri kan ;)

Kesesakan jalanraya masa aku nak ke salah satu stadium terkenal di belah selatan..
4 tahun duk sini 1st time kena jem teruk camnie..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...